hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Monday, February 15, 2010

alam ghaib

semalam seorang teman singgah rumah saya bersama keluarganya, bersama isteri dengan dua anak lelaki berusia sekitar 2 hingga 4 tahun, ibu dan seorang adik perempuan. saya telah lama mengenalinya melalui alam siber dan semalam buat pertama kali secara live. seronokna tidak terhingga, apatah lagi seorang bapa muda yang juga seorang guru silat, kolektor keris. lebih menyeronokan lagi, dia membawa beberapa bilah keris koleksi terbarunya.

dia memilih sekeping kemuning hitam blak ular sawa dan sekeping kemuning emas yang usianya ratusan tahun yang saya bawa dari daerah Chintawangsa iaitu nama lama bagi gua musang. selain itu dia memilih dua keping potongan kemuning pokok hidup untuk dibuat hulu sampir keris-keris barunya di samping tempahan pelanggan kerana dia juga salah seorang peniaga keris yang terkenal di perak.

hampir maghrib dia meninggalkan rumah saya. Difahamkan selepas keluar dari rumah saya, keretanya berat sehinggalah ke Damansara, sekitar 10-15 km, pada hal terdahulunya tiada apa-apa kerosakan teknikal. sebagai seorang guru silat, kolektor keris dia faham, ada sesuatu yang menumpang keretanya. Selepas dilakukan sesuatu keretanya kembali normal. Hasratnya untuk singgah di pusat membeli belah terkenal di damansara dibatalkan, dia terus pulang ke rumah saudaranya.

dia sms saya pada jam 2 pagi. saya tersenyum je tanpa membalas sms. sehinggalah pagi tadi saya call dia bertanyakan hal yang terjadi. dia mengatakan bahawa kayu usia tua ada tuannya. ada pemilik. sebab itu dalam tradisi melayu sebelum menebang sebatang pokok diberikan salam dan dibacakan doa nabi Ilyas. Dengan cara ini kayu yang ditebang akan lebih "berkat dan khasiatnya" tidak hilang, pemiliknya akan memberikan keizinan.

dalam kepercayaan melayu, bahawa pokok-pokok besar ada pemiliknya yang hidup di alam ghaib iaitu dunia jin, dunia hantu serta dunia bunian. Kayu kemuning seringkali dikaitkan dengan dunia bunian, sejenih makhluk yang hampir menyerupai dunia manusia. ada yang Islam dan kafir. Kemuning dikatakan kayu mulia bagi kelompok bunian. Tanpa meminta izin, akan ada hal-hal aneh yang terjadi.


Suatu hal lagi, di mana ada kayu kemuning, para bunian di sekitarnya akan berpindah dan berkampung di tempat yang terdapat kayu kemuning.apakah ini benar atau tidak, ini kepercayaan masyarakat melayu tentang alam bunian dan ghaib..wallahualambissawab.

No comments: