hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Saturday, February 27, 2010

kraftangan malaysia

beberapa hari yang lalu saya sempat lepak di festival kraftangan malaysia di jalan conlay kuala lumpur. Kerana minat saya kepada seni ukiran kayu dan senjata tradisional, saya lebih banyak menghabiskan waktu di section D yang menempatkan gerai-gerai senjata warisan terutamanya di gerai Paklah (Abdullah Zakaria) adiguru keris Melayu. Tokoh ini saya kenal lama dan banyak karyanya saya miliki termasuk penyalang, keris tokchu, badik empat lima bilah, hulu dari gigi, grahang dan kayu. Memiliki karya tokoh besar ini memberikan kepuasan tersendiri walaupun terpaksa menunggu lama dari q yang panjang. Apalagi dia satu-satunya yang tersisa di seluruh Malaysia yang mampu mengukir hulu dan sampir keris dari grahang gajah dan gigi ikan. Dua bahan yang cukup keras dan memerlukan kemahiran tinggi apalagi mengukir hulu tajung yang dianggap rumit dan memerlukan kesabaran tinggi

dia menerima ramai pelawat dari pelbagai lapisan masyarakat. yang pentingnya menerima banyak tempahan dan mungkin tahun ini tidak perlu memikirkan lagi di mana hasil karyanya akan di pasarkan dan siapa pula pembelinya. Tempahan yang datang dari kelompok kelas menengah dan ke atas menunjukkan bahawa profesyen pandai besi bukanlah pekerjaan yang tidak mempunyai masa depan. Malah industeri senjata Melayu tradisional ini juga berkait rapat dengan seni ukiran hulu sampir, perak dan eksesori yang lainnya lagi yang secara langsung atau tidak melibatkan para pencari kayu dan kelompok yang lain lagi termasuklah pedagang.

kelangsungan hidup seni persenjataan melayu tradisional ini perlu diperluaskan lagi terutama dalam melahirkan pewaris. Seninya harus dipertahan setradisional mungkin agar mempunyai ciri kelainan dengan senjata-senjata yang dihasilkan dengan teknik moden. Pendidikan secara formal dan non formal harus dirancang. Pusat-pusat pengajian tinggi harus dipertanggungjawabkan dalam melahirkan generasi pewaris yang mampu menggalas harapan ini bukan hanya mengetahui secara teori tetapi lahir sebagai empu/pandai senjata, pandai kayu yang seterus menjadikannya profesi yang menjamin masa depan, bukan hanya bergantung kepada makan gaji.

konsep pelancungan budaya juga harus dilibatkan kelompok ini kerana, yakni aset yang cukup bernilai. pakej pelancongan harus melibatkan mereka yakni dengan konsep lawatan seni dan homestay yang memberikan mereka pendapatan samping. selain daripada itu segala jenis praktikal seni oleh mahasiswa di pusat pengajian tinggi seharus di lapangan bukan di makmal. Konsep program bersama ini akan memberikan kebaikan kepada mahassiswa dan juga penggiat seni

sekadar satu pandangan.......


No comments: