hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Thursday, May 27, 2010

falsafah seni ukiran melayu

 ilmu tauhid banyak mempengaruhi falsafah seni ukir melayu. Setiap ukiran mesti ada dasar, ada asas dan puncanya .Setiap motif diambil dari alam yakni flora fauna, alam yang lebih luas dan juga anatomi fizikal manusia itu sendiri. Misalnya,  motif flora , yang menjalar mesti ada umbi atau tunggul/pangkalnya yang menjadi punca atau asas kehidupan. Ia melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan angka-angka popular dalam Islam, seperti tiga tingkat (Allah,Muhammad, Adam), 4 tingkat ( zat,sifat,asma dan af'a) 5 tingkat( rukun Islam) manakala 6 tingkat (rukun iman) dan terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun 13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan.

Dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan menyulur ke bawah. Walau kemana sekali pun ia berkembang/membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan.  Seni ukir Melayu adalah satu jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.

Secara mudahnya, punca atau umbi/akar adalah terhasil dari biji benih (yang 40 hari dirahim bapa kemudian, 9 bulan 10 hari di rahim ibu) lahir bersulur bertunas membesar menyusur kehidupan berlapis-lapis dalam pelbagai tahap kehidupan yakni kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya bertemu sang Pencipta (Allah Subhanahuwataala). Ini adalah asas atau dasar dalam semua jenis seni ukiran Melayu, juga seni batik, seni senjata, perahu dsbnya. Apa yang ada pada sebuah rumah (sobek kasar), juga perahu akan ada pada ukiran keris (sobek halus).

Tuesday, May 18, 2010

beli buku dulu baru beli keris

setiap hari ada sahaja peminat keris yang baru berjinak dengan keris rasa tertipu dan terkena. tertipu mungkin harganya mahal, terkena mungkin keris yang dibeli bukan keris bermutu tetapi lebih kepada kraf sahaja. hal ini terjadi kerana minimanya pengetahuan tentang keris samada yang melayu atau jawa, juga bugis dllnya. Apatah lagi pembelian via internet.

Sebelum membeli keris, lebih baik membeli buku-buku tentang keris. Ada sedikit pengetahuan asas, bolehlah berguru atau bertanya kepada yang lebih arif tetapi bukan penjual, ini kerana kemungkinan terkena kepada penjual adalah besar. namun tidak semua penjual itu burok. berhati-hati adalah langkah positif.

harga buku lebih murah dari keris,lagipun tidak rugi. membaca membangun sahsiah manusia. belilah sebanyak mungkin buku-buku keris. ini dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentang keris secara teorinya. kemudian berkunjunglah ke muzium untuk melihat fizikal aktual keris. Tentang keris Melayu mungkin tidak banyak masalah, tetapi apabila membeli keris-keris lama jawa misalnya, masalah yang paling utama adalah mengenal tangguh, dapur dan pamornya. Tangguh dihubungkn dengan zaman pembuatannya, dapur adalah jenis dan bentuk bilah, manakala pamornya pula adalah simbol-simbol atau imej seni rupa garapan atau motif-motif tertentu. tanpa memahami ini, anda senang dikelirukan oleh penjual.

nasihat saya, belilah dari penjual yang ternama dan memiliki kedai/galeri atau sekurang-kurangnya yang anda tahu asal usulnya, jumlah keris yang dimilikinya sedikit atau banyak, tempat tinggal, pekerjaannya dsbnya.latar belakang ini amat penting dilakukan secara merisik-risik. Sewaktu membeli bawalah orang yang tahu serba sedikit kerana dapat membantu anda. Malah lebih baik lagi tangguhkan dulu niat anda sehingga ada pertandingan dan pameran keris dijalankan di mana-mana sahaja kerana waktu ini anda banyak pilihan.

kalau anda peminat keris baru, usahakan terus bertemu tukang, jika ada keris yang sudah siap terus beli berbanding dengan menempah kerana memakan waktu....pentingnya beli buku dulu, dan kemudian belajardari orang pandai yang nantinya anda benar-benar membeli sebilah keris, bukan beli cerita dan sejarah atau membeli mistik dan spritual yang hanya rekaan semata...

Monday, May 17, 2010

anak alang guling dua beradik






                               hok itam sepenuhnya dari kemuning hitam
                               satu lagi campuran kemuning hitam dan emas
                               pendokok satu perak dan satu lagi tembaga
                               panjang antara 13in dan 14.8in
                               panjang bilah tanpa puting antara 8.5in-8.9in
                               berminat call 0122910074 untuk harga

Sunday, May 16, 2010

musim sibuk

seminggu dua nie saya tak sempat mengupdate blog saya, terlalu sibuk dengan kerja dan menyiapkan kertas kerja untuk Keris For The World 2010 di Jakarta 3-8 Jun nanti.mohon maaf kepada para pengunjung sekalian.

Thursday, May 13, 2010

pendokok perak




dua yang besar sesuai untuk bilah 13inci ke atas
yang kecil untuk bilah 11 in ke bawah
harga RM1250
serius call 0122910074

melela kusriwa loklima




panjang keseluruhan 18in
panjang bilah tanpa puting 14in
sampir kemuning
hulu kemuning
batang serunai petai belalang
pendokok tembaga
harga RM1700
call 0122910074

Saturday, May 8, 2010

wranka gayoman jogja

no 1 dari kiri dari kayu cendana terengganu
no 2 dari kiri dari kayu timoho yogyakarta (SOLD)
diukir di pakualaman yokyakarta 1996
no 3 dari kiri wranka terpakai timoho
pendok tembaga kota gedi yogyakarta 1996

berminat call 0122910074 untuk harga

bilah jawa (SOLD)

panjang bilah 13inci plus
usia 14 tahun (1996)
asal yogyakarta
untuk harga sila call 0122910074

tengok diri

pagi petang siang malam kita melaung, pekit tempik dan umpat seranah mengatakan orang menipu, tidak ikhlas, mementingkan wang ringgit, pada hal dalam waktu yang sama kita juga sama seperti mereka malah lebih teruk dari mereka. becerminlah diri atau perumpamaan lama, kencing dalam tempurung dan tengoklah wajah kita!!!

Friday, May 7, 2010

buat baik berpada-pada

ungkapan di atas memberikan kesan yang mendalam, dalam membuat kebaikan pun berpada-pada, kena berhati-hati kerana akan menyulitkan kita dan kebaikan yang dilakukan akan berubah kepada keburukan dan mendapat dosa pula. misalnya sebagai contohnya seorang pelajar tidak cukup syarat kita usahakan masuk universiti, di samping mempunyai risiko tidak mampu mengikuti pengajian, juga akan menghadapi risiko tidak dapat pinjaman dan biasiswa. ini akan membebankan kita sebagai "cable" membawa masuknya. kita juga akan diminta oleh orang tuanya untuk tujuan itu, malah kita juga akan menanggung beban jika dia tidak mampu duduk di asrama, kewangan dan tempat bergantung, sehingga menjadi beban pula kepada keluarga kita, malah lebih parah lagi sampaikan pekerjaannya nanti kita harus usahakan.

ini antara salah satu beban yang seharusnya kita tanggung dalam berbuat baik..jadi kebaikan dan kebajikan juga harus dipilih dan berpada-pada kerana dengan sedikit kesilapan, nilai kebaikan dan kebajikan yang dilakukan itu sia-sia...renungan petang jumaat.

Monday, May 3, 2010

motor kapcai nak jual






yamaha ego tahun 2006
harga RM2650
penghantaran percuma seluruh semenanjung via poslaju/ktmb
motor  boleh dilihat di no 25 lorong universiti, jln elmu 59100 kl
berhampiran um kl
call 0122910074

kritikan

kritikan adalah ilmu yang menyarankan peminat seni bagaimana caranya menikmati dan menghayatinya. ianya juga adalah saranan kepada penghasil seni bagaimana melahirkan karya yang betul dan baik. namun kritikan dewasa ini lebih kepada menghina dan yang diangkatnya adalah kelemahan semata-mata. jangan kritik orang jika anda tidak suka dikritik.