hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Tuesday, May 18, 2010

beli buku dulu baru beli keris

setiap hari ada sahaja peminat keris yang baru berjinak dengan keris rasa tertipu dan terkena. tertipu mungkin harganya mahal, terkena mungkin keris yang dibeli bukan keris bermutu tetapi lebih kepada kraf sahaja. hal ini terjadi kerana minimanya pengetahuan tentang keris samada yang melayu atau jawa, juga bugis dllnya. Apatah lagi pembelian via internet.

Sebelum membeli keris, lebih baik membeli buku-buku tentang keris. Ada sedikit pengetahuan asas, bolehlah berguru atau bertanya kepada yang lebih arif tetapi bukan penjual, ini kerana kemungkinan terkena kepada penjual adalah besar. namun tidak semua penjual itu burok. berhati-hati adalah langkah positif.

harga buku lebih murah dari keris,lagipun tidak rugi. membaca membangun sahsiah manusia. belilah sebanyak mungkin buku-buku keris. ini dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentang keris secara teorinya. kemudian berkunjunglah ke muzium untuk melihat fizikal aktual keris. Tentang keris Melayu mungkin tidak banyak masalah, tetapi apabila membeli keris-keris lama jawa misalnya, masalah yang paling utama adalah mengenal tangguh, dapur dan pamornya. Tangguh dihubungkn dengan zaman pembuatannya, dapur adalah jenis dan bentuk bilah, manakala pamornya pula adalah simbol-simbol atau imej seni rupa garapan atau motif-motif tertentu. tanpa memahami ini, anda senang dikelirukan oleh penjual.

nasihat saya, belilah dari penjual yang ternama dan memiliki kedai/galeri atau sekurang-kurangnya yang anda tahu asal usulnya, jumlah keris yang dimilikinya sedikit atau banyak, tempat tinggal, pekerjaannya dsbnya.latar belakang ini amat penting dilakukan secara merisik-risik. Sewaktu membeli bawalah orang yang tahu serba sedikit kerana dapat membantu anda. Malah lebih baik lagi tangguhkan dulu niat anda sehingga ada pertandingan dan pameran keris dijalankan di mana-mana sahaja kerana waktu ini anda banyak pilihan.

kalau anda peminat keris baru, usahakan terus bertemu tukang, jika ada keris yang sudah siap terus beli berbanding dengan menempah kerana memakan waktu....pentingnya beli buku dulu, dan kemudian belajardari orang pandai yang nantinya anda benar-benar membeli sebilah keris, bukan beli cerita dan sejarah atau membeli mistik dan spritual yang hanya rekaan semata...

No comments: