hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Wednesday, October 26, 2011

syair perang mengkasar


 manuskrip yang dibeli oleh Ungku Aziz pada tahun 1981 di london ini telah difaksimile dan diterbitkan oleh Akademi Pengajian Melayu pada tahun 1994, merupakan sebuah manuskrip yang disalin sekitar abad 18. Ianya merupakan hazanah buadaya bangsa yang tidak ternilai. Merupakan catatan perjalanan bangsa Melayu yang panjang dan berliku. Ada rasa cinta, rasa marah, dendam dan kekuatan yang menunjang kewujudan "bangsa agong" sehingga kini.

dgn bantuan 4 orang anak Akmal Mardhiah (Mahasiswa International Bussiness UNIMAP), Akmal Syafiqah ( ICT UITM), Akmal Nadhirah (Banking UITM) dan Ahmad Hidayat (pelajar Tahun 6) dan isteri tercinta Raja Anisah Raja Yusoff (seorang guru) transliterasi manuskrip tersebut hampir selesai untuk proses peringkat pertama. Peringkat kedua nanti adalah proses menyemak "ketepatan", benar atau salah kata-kata yang dilitarasikan, sesuai atai tidak dengan sistem ejaan jawi lama dan seumpamanya. Bahagian ketiga akan dilihat istilah-istilah, perkataan yang terdapat di dalam manuskrip tersebut dengan bahasa dan budaya Melayu serta Bugis. Pemahaman sistem tulisan jawi, pengetahuan tentang budaya Melayu dan bugis amat diperlukan.

Menjadi kendala besar kerana bahasa yang digunakan sudah menjadi arkait hilangnya juga bersama-sama artifak sezamannya. Mengeja dan memahami perkataan dan istilah-istilah bugis bukanlah sesuatu yang mudah ditambah pula dieja menggunakan aksara jawi. Namun "kesan" dari sistem pendidikan sekolah agama yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang di dalam sistem pendidikannya itu terdapat pelajaran jawi, pengajian Al Quran, sedikit sebanyak memudahkankan proses transliterasi manuskrip ini.

Pendidikan Jawi atau pelajaran tulisan jawi memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak saya walaupun sesetengahnya telah meninggalkan bangku sekolah agama dah berbelas-belas tahun. Yang terpentingnya, pengetahuan dan pembacaan Al Quran dalam kehidupan seharian memberi kesan besar dan terpenting dalam memahami sistem tulisan jawi yang jauh lebih mudah berbanding membaca Al Quran..Alhamdulillah kerja-kerja transliterasi manuskrip ini hampir rampung.

Friday, October 21, 2011

ubat orang gila sepera yakni bebal akal.

rupa-rupanya masalah mental merupakan masalah sejagat, dalam masyarakat melayu masalah penyakit ini telah diteliti, dikaji dan telah dicari dan ada ubat serta rawatannya. dok belek-belek beberapa buku yg diterbitkan berdasarkan kitab tib, maka terjumpalah buku a.samad ahmad edisi kedua, 2005...terdapat 22 jenis gila termasuklah dirasuk hantu syaitan:

ambo ambil satu yg menarik seperti judul di atas. cara rawatannya..orang itu dikurung di dalam rumah yang tiada masuk angin, sapukan minyak di kepala dan tubuhnya. berikan dia makan segala yg manis-manis dan gosokkan susu lembu di kepala dan di dahinya. kemudian dimasakan pula minyak sapi beri dia makan, setelah sudah delimutkan tubuhnya supaya jangan terkena angin sehingga dia tidor...menarik jugak kes gila nie..

Thursday, October 20, 2011

nikmatnya duduk rumah

mungkin kerana usia semakin tua, malas memandu, mungkin juga kerana duit tak berapa ada, rumah menjadi pilihan. kalau dulu pasti 3 tiga kali seminggu lepak-lepak dgn kengkawan, berbicara tentang keris..penemuan tetap itu-itu juga, kalau lepak dgn orang politik, pening kepada berbicara tentang strategi, perubahan kerajaan, letih otak dibuatnya.

dgn duduk-duduk di rumah, banyak waktu dgn anak-anak, minum secawan kopi bikinan isteri sebenar lebih nikmat dan berkat. lebih bersih, lebih aman dari hiruk pikuk pelbagai ragam manusia. malah tubuh tidak letih, lebih sihat dan lebih mudah bangun pagi.tidur pun puas pulas. bangun pagi lebih tenang dan tidak tergopoh gapah. bukanlah bererti tidak mahu berkawan, lepak dgn kengkawan sekali sekala lepas waktu pejabat pekena secawan kopi sebelum pulang, lebih menarik.

apatah lagi, kekadang kehidupan sehala tentang keris amat membosankan, seolah-olah tidak ada objek lain yang lebih bererti selain dari keris..keris hanyalah sebahagian kecil tentang kehidupan, banyaklah lagi hal yg lebih utama berbanding keris. namun semuanya tergantung kepada keseronokan masing-masing..buat masa ini keseronokan ambo duduk di rumah sahaja...

Friday, October 14, 2011

nenek moyang

ramai yg menjejaki  warisan keturunan, menelusuri sejarah, asal usul dan menemukan keturunan mereka dari golongan "orang baik-baik", bangsawan, hartawan, ilmua dan agamawan. Cukup membanggakan. Namun apabila disedari pewaris kini miskin hina, merempat, menumpang, tak beragama dll. Masih lagi dok bercerita tentang kejayaan sejarah silam, bangga, harta di sana sini...last sekali tolong bayar kopi secawan!!!

jual pendokok RM750



keduanya perak satu krom emas
berminat call 0193632584

cerita tentang nenek moyang

ramai yg menjejaki warisan keturunan, menelusuri sejarah, asal usul dan menemukan keturunan mereka dari golongan "orang baik-baik", bangsawan, hartawan, ilmua dan agamawan. Cukup membanggakan. Namun apabila disedari pewaris kini miskin hina, merempat, menumpang, tak beragama dll. Masih lagi dok bercerita tentang kejayaan sejarah silam, bangga, harta di sana sini...last sekali tolong bayar kopi secawan!!!

Thursday, October 13, 2011

warisan

bila bercakap tentang warisan, ramai yg keliru dan ragu, kekadang apa yg dibicarakan, diangkat dan dijaja sana sini adalah warisan orang...entahlah.

Monday, October 10, 2011


bilah lama, pendokok dan hulu perak lama
panjang keseluruhan 18.7inci
panjang bilah tanpa puting 14.3inci
harga RM1600 (nego)
berminat call 0193632584

Sunday, October 9, 2011

Kacip pinang tokwan

 
 
 
 
dgn cekati tokwan kupas dan racik pinang
kepingan pinang kosi atawa pinang kuning tepi pagar
tokwan tadah atas sireh bertemu urat campur sedikit gambir
dan sireh tadi dah dilumur kapur dari kulit kerang
tambah perencah atap batah tanah mera...h
lalu dilipat kiri dan kanan, dilipat kedua hujungnya
waktu muda terus kunyah-kunyah sampai lumat
lemak pedas kelat dan letar menyelinap di rongga tekak
air yg merah melilih dibibir tokwan lega hilang loya nasi
berlauk ikan singgang anak beluru

waktu dah tua lipatan sirih dimasukkan ke dalam gobek tembaga
yang tok beli di kedai sari kedai menanti tanda kasih seorang suami
dgn sumbat yang tok raut batang kacip fatimah, tokwan tikam tunjang berkali kali sampai lumat, tokwan dgn anak gobek tokwan tusuk tolak ke atas lazat dan nikmat tokwan mengunyah menyempurna nasi kerabu
pucuk putat daging bakar

inilah rahsia gigi tokwan yg kuat lagi utuh, inilah rahsia
muka tokwan lambat berkedut dan awet muda, inilah rahsia mutiara tokwan harum semerbak pejal dan kukuh, keringnya bak sahara di gurun
mencengkamnya bak kuku helang menerkam haruan tak meronta-ronta
tak terlerai tak terkalah hingga subuh, buat penyeri tok sang suami
inilah rahsia sirih, kacip dan gambir, sirih penyeri suri, kacip memotong
hasrat, gobek penghancur nafsu, gambir pengetat gelora
lengkaplah hasrat seorang isteri untuk sang suami

Kata tok lagi:
cekati punya misteri
kalau dikacip pada biji pinang dan ditinggalkan dlm cerana
pasti pelesit meraung ngeri, si tuannya pula meracau memaki hamun
siapa punya angkara biadab durhaka
itulah ilmu terakhir tok kepada cucunya yakni aku

Saturday, October 8, 2011

lesung tok tak beralu

lesung Tok tak beralu

tok tebang tembesu tua
dari banir ditebuk pahat buat lubang
atas luas makin kecil ke dalam
dgn daun sempelas tok licinkan lubang

tok buat alu sebesar betis
alunya panjang kepalanya bulat
tembesu batang tok pilih yang teras
dua sekawan seperti tok dan tok wan
tumboknya nanti tingkah bertingkah
sedap didengar padi tak hancur
berasnya putih seperti tokwan dan awan

nanti kalau siap nak tumbuk padi
bagi makan anak cucu
buat tumbuk emping biar anak cucu
berserat tinggi tidak cerit berit biarlah sejahtera

tok juga buat lesung nak tumbuk ubi jadi tepong
buat kueh poli dan lempeng biar anak cucu cukup gizi
buat tumbuk beras jadi tepung boleh dibuat laksa laksan
tumbuk pulut buat buah gomok, buat koleh

bila tok mati lesung pun reput
rapuh dan terbiar macam kubor tok yg penuh lalang dan rumput
nisannya hilang, tanahnya runtuh
lesung dan tok sesama senasib, reput dan hilang ditelan waktu
lesung dan tokwan hanyalah kenangan.


 


 



 

Friday, October 7, 2011

tak sedar diri

dok tuduh sana sini, orang itu penipu, yg ini pembohong dan macam-macam, terlupa diri sendiri tu pencuri dan perompak???

Wednesday, October 5, 2011

RM430 jah tu

berminat call 0193632584
dua-dua perak kelantan

Monday, October 3, 2011

beli barang bukan beli cerita



bercakap tentang warisan budaya bendawi, ada macam-macam cerita. tentang asal usul dan sejarahnya, mistik dan spiritual, tukang dan zaman, material dan seni garapan dan seumpamanya sehingga bendawi yg dikesahkan tu nampak hebat, gah, besardan tersohor.itu semuanya luaran belaka. beli bendawi harus berhati-hati, ada yg baru, ada yg baru dituakan dan yg tua diperbaiki dan seumpamanya. sebelum membeli buatlah rujukan sedikit, survey harga dan kualiti. tip mudahnya semakin baru bendawi tersebut semakin cantik garapannya kerana teknologi semasa dan tidak semestinya semakin tua usia semakin hudoh atau jelek, yg pentingnya bendawi yg kita beli itu sempurna, tulin bahanya, bukan sepuh atau sadur dsbnya. murah mahal tergantung atas kualiti dan persetujuan harga.