hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My Photo
kuala lumpur, w.persekutuan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 14400052531525. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.

Saturday, March 22, 2014

Teras Pisang Benggala/Gggala

apabila saya membaca "Malay Magic" Skeat 1900 pada beberapa waktu yg lalu, saya mula mengkaji dan menggali beberapa kitab tib melayu di beberapa perpustakaan termasuklah perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan Universiti Maaya, menemui beberapa bomoh untuk mengetahui wujud atau tidak wujudnya teras pisang dan khasiatnya dari segi perubatan melayu tradisional. Dengan mengetahui jenis pisang, Tanah, usia dan factor lainnya, saya memulakan ziarah ke kampong-kampong tradis ional atau kampong2terawal yg wujud di negeri kelahiran saya.

 "kerja bodoh" dgn membeli perdu pisang dan kemudian upah gali dah jadi bahan tawa orang kampong, banyak pokok pisang musnah begitu shj tanpa menemuikan sebarang teras dan objek lain. Namun usaha saya berhasil apabila menemuikan teras pisang yg pertama yg kini tersimpan dan sebagai cenderamata kepada mak mentua saya yg juga pengamal perubatan altenatif, baunya harum seperti kek pisang. Selepas itu gagal lagi menemukan sebarang teras sehingga bertemu yg terbesar ketika itu yakni 11 kg di Jeli Kelantan. Kini menjadi milik sahabat saya di Johor.

 Tiadak semua jenis pisang yang terdapat di Malaysia berteras kecuali pisang ggala/benggala. Teras pisang ini pada dasarnya banyak digunakan dalam rawatan perubatan untuk kaum perempuan bagi penyakit prolap/peranakan turun, mengecutkan saluran peranakan selepas bersalin dll. Kalau mengikut W Skeat, kegunaannya lebih banyak berkaitan magis dan mistik.

 Dalam pencarian teras-teras ubat Melayu ini, mencari teras pisang ggalalah yg paling sukar dan sulit berbanding teras pokok-pokok saka seperti kemuning hitam, memali, raja kayu, keluat, gemunggal, penawar hitam dan lain2. Malah lebih sulit dan sukar ditemui berbanding teras betik, sesudu, teras dll. Jadi tidak hairanlah ramai yg sehingga ini belum pernah melihat apa yg dinamakan teras pisang dan seringkali mereka katakana itu tidak benar dan bohong.Walaupun telah tercatat dlm buku W skeat dan The Malayan Medicine 1930.Ini juga menunjukkan bahawa sarjana Melayu amat kurang pengetahuannya tentang "dunia melayunya"...sekadar tanggapan.