hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Thursday, April 19, 2018

KERIS SEBILAH PESANAN TOK WAN

KERIS SEBILAH PESANAN TOK WAN

Kata tokwan dan pesannya pada lie stana
Biarlah ada sebilah keris berpayunglah di bawah namumu lie stana
jadilah mu tok wak peran tua awang sejambul lebat
halus pekerti rendah budi,pandai jaga diri bila kecek bahasa santun dan lembut
bila marah senyum menguntum manis
bila sedih akal mu jernih bak embun pagi
bila rindu dendam doa penuh kasih sayang tajam mata memandang, telus telinga mendengar.
peringat tokwan lagi
biarpun kerismu besi tujuh pa dititik tempa selasa 14 haribulan muharam
berhulu jawa demam kayu kemuning mati ppanoh lintar
bersampir gadinggajah raja tujuh keturunan dokok tembaga telor ikan bersimpul rahmat
jangan mu hunus pada sobat taulan jangan mu acu pada nak bini, kelak celakalah keturunanmu
dengan asam limau bertujuh biji dari air sungai bertujuh kuala
kau redam dan rendam imarahmu mu buanglah daki karat hati hitam legammu
biar putih bersih bak kapas biar keris jadi kuat,
tak rapuh dan berkarat seperti otakmmu nanti seperti keris yang comel dan molek
gah memiliki, sedap dipegang tak tercabut ketika bertikam
kalu buat bomoh, hantu saka habis lari kalu selit pinggang mulah raja, pendekar dan pengantin
kalu nanti terpaksa menikam,
jangan matikan musuh mu
biarlah mereka sempat mencari penawar dan bertaubat di atas dosa-dosa masa lalunya.
katanya lagi mu lie stana simpanlah sebilah keris penguat semangat anok jantan kalu hidup biarlah berjasa kalu mati biarlah bernama
umkl17.42018

No comments: