hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Sunday, February 28, 2010

berterima kasih

ucapan terima kasih adalah suatu tanda penghargaan. setiap bantuan atau perhidmatan yang diberikan samada berbayar atau percuma seringkali diakhiri dengan ucapan terima kasih. namun tidak semua orang menjadikan sebagai suatu bentuk budaya hidup. pada hal ianya bukanlah sesuatu yang sukar, malah boleh diucapkan di mana-mana dan pada bila-bila masa.malah dengan ucapan sedemikian akan memberi satu bentuk ikatan silahturahim yang berpanjangan. orang akan merasa dihargai, dihormati dan disayangi walaupun dengan hanya ucapan terima kasih.

sesetengah orang hanya mengucapkan terima kasih kepada yang lebih tinggi kelas berbanding dengan dirinya, malah mengabaikannya kepada yang lebih rendah atau di kalangan keluarga sendiri dan seringkali beranggapan bahawa ianya tidak perlu, terutamanya apa yang disruh dan dilakukan oleh seorang anak atau isteri, seolahh-olah apa yang dilakukan itu adalah tanggungjawab dan arahan. meminta seorang anak misalnya mencuci kereta, selepas selesai buat tidak tahu saja, apalah salahnya mengucap terima kasih dan kemungkinan besar anak tadi cukup gembira bahawa kerja yang mungkin tidak seberapa pada pandangan kita, sebenarnya beban kepada orang lain.

malah dengan seorang isteri, kerja-kerja dapur, mengurus rumah tangga merupakan beban yang cukup berat, jarang sekali diberi ucapan terima kasih dari seorang suami. malah kenikmatan seks yang dinikmati oleh suami, jarang sekali diberikan penghargaan kepada isteri, malah terus tidor dengan lena dan puasnya. dengan ucapan terima kasih selepas melakukan jimak menambah rencah kemesraan dan klasih sayang suami terhadap isteri, dan isteri merasakan dirinya lebih bermakna bukan hanya objek seks suami semata-mata...renungan petang minggu.

Saturday, February 27, 2010

kraftangan malaysia

beberapa hari yang lalu saya sempat lepak di festival kraftangan malaysia di jalan conlay kuala lumpur. Kerana minat saya kepada seni ukiran kayu dan senjata tradisional, saya lebih banyak menghabiskan waktu di section D yang menempatkan gerai-gerai senjata warisan terutamanya di gerai Paklah (Abdullah Zakaria) adiguru keris Melayu. Tokoh ini saya kenal lama dan banyak karyanya saya miliki termasuk penyalang, keris tokchu, badik empat lima bilah, hulu dari gigi, grahang dan kayu. Memiliki karya tokoh besar ini memberikan kepuasan tersendiri walaupun terpaksa menunggu lama dari q yang panjang. Apalagi dia satu-satunya yang tersisa di seluruh Malaysia yang mampu mengukir hulu dan sampir keris dari grahang gajah dan gigi ikan. Dua bahan yang cukup keras dan memerlukan kemahiran tinggi apalagi mengukir hulu tajung yang dianggap rumit dan memerlukan kesabaran tinggi

dia menerima ramai pelawat dari pelbagai lapisan masyarakat. yang pentingnya menerima banyak tempahan dan mungkin tahun ini tidak perlu memikirkan lagi di mana hasil karyanya akan di pasarkan dan siapa pula pembelinya. Tempahan yang datang dari kelompok kelas menengah dan ke atas menunjukkan bahawa profesyen pandai besi bukanlah pekerjaan yang tidak mempunyai masa depan. Malah industeri senjata Melayu tradisional ini juga berkait rapat dengan seni ukiran hulu sampir, perak dan eksesori yang lainnya lagi yang secara langsung atau tidak melibatkan para pencari kayu dan kelompok yang lain lagi termasuklah pedagang.

kelangsungan hidup seni persenjataan melayu tradisional ini perlu diperluaskan lagi terutama dalam melahirkan pewaris. Seninya harus dipertahan setradisional mungkin agar mempunyai ciri kelainan dengan senjata-senjata yang dihasilkan dengan teknik moden. Pendidikan secara formal dan non formal harus dirancang. Pusat-pusat pengajian tinggi harus dipertanggungjawabkan dalam melahirkan generasi pewaris yang mampu menggalas harapan ini bukan hanya mengetahui secara teori tetapi lahir sebagai empu/pandai senjata, pandai kayu yang seterus menjadikannya profesi yang menjamin masa depan, bukan hanya bergantung kepada makan gaji.

konsep pelancungan budaya juga harus dilibatkan kelompok ini kerana, yakni aset yang cukup bernilai. pakej pelancongan harus melibatkan mereka yakni dengan konsep lawatan seni dan homestay yang memberikan mereka pendapatan samping. selain daripada itu segala jenis praktikal seni oleh mahasiswa di pusat pengajian tinggi seharus di lapangan bukan di makmal. Konsep program bersama ini akan memberikan kebaikan kepada mahassiswa dan juga penggiat seni

sekadar satu pandangan.......


menikmati keris

panjang keseluruhan 21 inci
panjang bilah tanpa punting 15 inci
sampir hulu kemuning emas
pendokok bugis tembaga
Harga: RM4800

Thursday, February 25, 2010

badik pupuk

panjang keseluruhan 11inci
hulu dan bontot gading
tangkai jering/ketapang kemuning emas
batang serunai sena
RM1475

Monday, February 22, 2010

Rukun 13 dalam mantera Melayu

Sesuai dengan hakikat perkembangan Islam dan penentangan ulamak, para bomoh telah membangunkan perdukunan mereka dengan memanfaatkan Al Quran, hadis dan kitab-kitab lain yang berbau tasawuf. Kitab Tajul Muluk, Bintang Dua Belas dan Kitab Tib menjadi rujukan. Kitab Tajul Muluk misalnya telah memberikan ramuan-ramuan dan penyakitnya. Konsep solat-Rukun 13 diangkat sebagai pusat segala ilmu perdukunan di alam Melayu. Rukun 13 tadi di bahagikan kepada empat kumpulan iaitu kosmologi existensialisme manusia (kewujudan dan keberadaan). Kewujudan manusia berasal dari ibunya empat perkara, dari bapa empat perkara, dari malaikat empat perkara dan dari Tuhan satu perkara.

a. Empat perkara dari ibu

i. Urat

ii. Daging

iii. Darah

iv. Tulang



b. Empat perkara dari bapa

i. Otak

ii. Benak

iii. Hati

iv. Jantung



c. Empat perkara dari Malaikat
i. Gerak

ii. geri

iii. rasa

iv.perisa



d. Satu perkara dari Tuhan/Allah iaitu roh/nyawa.

Dalam perbomohan Melayu empat perkara dari bapa amat dititikberatkan terutamanya hati yang menjadi pusat dan segala-galanya berpusat ke situ. Apatah lagi bapa menjadi teras pengucapan mentera atau doa empat puloh hari di rahim bapa, barulah jatuh ke rahim ibu. Pusat hati di rahim bapa in pula dihubungkan dengan pusat Al Quran surah 19 Al Khafi ayat 15 wal yatalattaf ditandai dengan tulisan berwarna merah-bold sifatnya dengan maksud : (dan) hendaklah ia berlaku lembah lembut.... Hati Al Quran ini pula menjadi pedoman kepada para dukun dan bunyi tafsirnya pula menjadi prinsip serta misteri dalam mantera.

Saturday, February 20, 2010

resepi kemuning 2

kemuning hitam
kemuning hitam di samping ubat penawar cirit birik atau muntah-muntah, keracunan dan mengurangkan bisa sengatan haiwan boleh juga digunakan untuk mengubat luka yang tak sembuh akibat kencing manis atau kudis bernanah.

caranya kemuning hitam diproses menjadi serbuk yang halus kemudian dicampur air atau minyak gamat tulin, sebelum itu bahagian luka atau yang berkudis dibersihkan dengan air suam, dilap kering.
serbuk kemuning hitam
serbuk kemuning hitam yang ditapis bersih dicampur dengan komposisi mengikut kesesuaian.kalau boleh tidak terlalu cair. serbuk kemuning yang digaul sebati dengan minyak gamat tadi ditampal pada bahagian luka dan seboleh-bolehnya dibalut dengan kain yang senipis mungkin agar udara dapat masuk. ulanglah sebanyak tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam. setelah luka akibat kencing manis itu biasanya kelihatan kehitaman itu menunjukkan tanda sedikit kemerahan, serbuk kemuning tadi dicampur lagi dengan sedikit madu lebah seboleh-bolehnya yang tidak mengandungi gula yang boleh dibeli dipasaran,di sampingdicampur juga minyak gamat. dilakukan berulang ulang sehingga sembuh.

selain itu, samada serbuk kemuning atau kepingan kemuning direneh/direbus  dengan air dalam periuk tanah sehingga mendidih, tapis airnya dengan tapisan kain diminum pada sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam untuk mengurangkan bisa dan kesakitan akibat luka tersebut..Insyaalah sembuh lukanya dan kalau luka itu di jari kaki, ianya tak perlu diamputasi/potong. Resepi ini telah ambo gunakan dalam merawat luka kaki bonda ambo yang juga pengidap kencing manis...

kesakitan dan kematian

pada sore ini dia masuk ke rumahku
kata orang akan ada yang mahu bertandang
dengan kepak dan sayap yong koyak dan rabak
hinggap di dinding sambil meronta-ronta kesakitan
lalu kulihat kakinya patah
matanya pecah
singgah di sini dengan payah
kerana waktu ini adalah sisa-sisa terakhir
untuk menyampaikan pesan
akan ada tetamu yang berkunjung tak kira waktu
dengan pahala dan dosa
dengan redha dan paksa
dengan iman dan durjana
bahawa kematian itu kesakitan paling sengsara
dan akan berkunjung jua tak kira masa.

bilik 43 apm universiti malaya
kuala lumpur-februari 19/2010

ciri-ciri kecantikan wanita melayu

membaca manuskrip atau teks-teks lama banyak sekali ilmu kepustakaan tradisional tentang kecantikan seorang wanita yang dikaitkan pula dengan selera seks dan perawakannya. Sering ditemui hidung mancung bak seludang,pipi pauh dilayang, rambut ikal mayang, leher jinjang meneguk air berkaca, bibir bak delima merkah, putih kuninng bak langsat ranum, pinggang ramping seperti kerengga, betis bunting padi, berjalan lenggang itek, jari bak kacang bendi dan lain-lain lagi.

Jika gambaran ini diberikan kepada seorang pelukis, gambar wajah yang terhasil cukup mempersonakan. Memang ayu, memang jelita, idealnya seorang wanita impian seorang lelaki. Semua simbol kecantikan ini pula dikaitkan dengan pandang dunia anak sebagai rezeki, ibu rumah tangga, tangan yang menghayun buai dsbnya.

Sebagai permulaan, saya akan hanya berbicara tentang beberapa aspek kecantikan iaitu, jari seperti kacang bendi. Yakni semakin ke hujung semakin meruncing atau tajam. Memang cantik jari yang halus manis ini. Ini sebenarnya dikaitkan vagina/rahim wanita yang semakin ke dalam semakin sempit. Semakin sempit dalaman wanitasemakin mudah hamil dan "benih" tidak membazir setiap kali jatuh/tumpah ke dalam pasti akan hamil. wanita demikian menjadi idaman lelaki, dapat melahirkan anak seramai mungkin. anak dianggap rezeki kurniaan Illahi banyak anak murah rezeki. Jika seseorang wanita lambat melahirkan anak dianggap mendatangkan aib kepada keluarga. Pada hal yang mandulnya adalah lelaki dan mereka seringkali dipersalahkan dalam hal ini.

wanita yang tumitnya tidak seperti telor dikupas, atau tumit yang pecah-pecah dianggap kelapa ditebuk tupai, manakala leher yang bergelantg pula dianggap jenis tidak setia dan curang. Berjalan seperti itek dianggap cukup sopan serta kemas pejal kemaluannya berbanding yang berjalan mengangkang di samping tidak sopan, tetapi juga telah ditebuk tupai.

Berdahi luas berdada bidang dianggap wanita yang cerdik dan mampu memberi keselesaan kepada anak dan suami. Mampunya menyelenggara rumah tangga dengan sempurna kerana dianggap cerdik dan dapat membantu suami dalam menyelesaikan masalah, di samping itu juga dikatakan dapat mendidik anak dengan sempurna.

Bertangan lebar, menjadi salah satu ciri pilihan kerana wanita yang sedemikian rupa mudah membantu orang dan tidak kedekut dalam berkebajikan.

kebanyakan yang dibicarakan ini dapat ditemui dalam cerita-cerita penglipurlara, kitab ilmu jimak, raksi, mitos-mitos kecantikan tokoh seperti  Mahsuri, Cik Siti Wan Kembang, puteri-puteri raja dan pembesar samada cerita-cerita asli tempatan atau saduran.

Konsep beuty dan beutiful bangsa Melayu itu lengkap dari segala aspek berdasarkan anatomi atau fizikal seseorang perempuan dan kebanyakan dilihat dari perspektif lelaki kerana tukang cerita, penyalin dan penulis awal adalah di kalangan lelaki......

Thursday, February 18, 2010

belajar agama

Setelah kesekian lama jiwa kita kosong, entah macamana bertemu dengan seorang teman yang menggemari dan mencintai barang antik, katakanlah sebilah keris. Pertemuan dengannya memberikan banyak pengetahuan tentang mistik yang beyond text. Dari situlah bertemunya dengan konsep ketuhanan, para nabi, para anbi dan wali..Mencari titik tolak agama berdasarkan keris dan mistik. Pada hal terdahulunya, kita memang kosong dengan agama. Lalu bilik kita pun berubah dengan segala macam unsur mistiknya dengan sejadah, keris-keris di kanan kiri sejadah, buku-buku seperti oilmu kebal, adam makrifat, kitab perimbun dan doa-doa yang berdasarkan mistik menjadi rujukan seharian. Tanpa kita sedari semua ini sudah masuk peringkat "tinggi" sedangkan uslub, balaragh, tajwid dan surah-surah lazim serta rukun solat belum tentu betul dan sah mengikut feqah. Bertemu sebilah keris seolah telah bertemu "nur muhammad" dan Islam sejati.

Diperkuatkan lagi dengan mempelajari silat yang dianggap sesetengah orang berasal dari "solat". Memang benar kebanyakan silat melatih para pendokongnya dengan amalan "cukup solat" berhemah tinggi. Namun belajar agama dari silat belum cukup. Kerana agama harus belajar dari "alif" sehinggalah ke peringkat sufisme.

Jadi janganlah kita malu memulakan dari peringkat alif, mengaji feqah lebih dahulu, barulah beransur kepada usuluddin/tasawur yang lebih tinggi dan mendalam...amin.

Wednesday, February 17, 2010

motif-motif seni ukiran melayu

Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi syair gurindam, jampi serapah, pantun teromba dan ratusan yang lainnya. Keindahan alam itu diabstrak pula pada seni ukiran. Terdapat dua jenis ukiran iaitu ukiran/sobek kasar dan halus. Sobek kasar melibat ukiran pada benda-benda besar seperti dinding rumah, pintu, rabung, sisp angin, perahu dan lain-lain lagi, manakala sobekan halus melibatkan peralatan kecil seperti kukur kelapa,rehal, hulu dan sampir keris, bingkai fram dan lain-lain. Apa yang ada pada sebuah rumah, akan ada pada perahu dan juga akan ada pada sebilah keris. Ukiran ini pula bukan hanya diukir atau pahatan kayu, tetapi juga melibatkan logam seperti perak, emas dan tembaga dan juga pada benda-benda lain. Motifnya diambil dari dan manusia serta haiwan ini dilakar dan digarap dengan gagasan, wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual banngsa Melayu. Penuh-penuh dengan lambang-lambang antara garis halus manusia dengan Penciptanya-antara manusia dengan Tuhan. Motif-motif itu adalah manifestasi dari:
a. manusia
b. tumbuhan dan haiwan
c. alam yang lebih luas

 fizikal manusia diolah diukir sebagai lambang, misal hulu jawa demam pada sebilah keris, ayam teleng, kerdas atau patah tiga, unduk-unduk dan banyak lagi menjadi objek seni ukiran halus yang dapat dikesan dari seni ukiran keris. Manakala ukiran kusriwa pada sampir yang berbentuk perahu juga mengambil motif deburan ombak dan sulur tunas.

ukiran ini juga ada pada sebuah perahu dan rumah atau bangunan Melayu. Motif-motif ini dapat dipecahkan kepada geometri, flora fauna, abstrak dan seumpamanya. Berapa contoh motif ukiran dapat dilihat seperti di bawah:
motif daun sayap

motif bunga raya

motif cinta mani

motif ketam guri

motif tari buaya


Tuesday, February 16, 2010

kasih sayang

dari mana punai melayang
dari sawah turun ke padi
dari mana datangnya sayang
dari mata turun ke hati

pantun di atas sarat dengan makna dari lambang-lambang alam yang boleh diberikan pengertian seperti berikut:

dari mana punai melayang, kenapa burung punai dipilih sebagai simbol kasih sayang? Orang melayu seringkali mengambil fizikal manusia, flora fauna dan alam terbentang sebagai lambang pengucapannya. Fizikal manusia seperti kaki, tangan,kepala, jari, mulut mata, rambut dll sebagai lambang yang memperkuatkan makna. Misal kaki dihubungkan dengan bangku kaki bangku, membawa maksud orang yang tak pandai bermain bola atau kegiatan lainnya menggunakan kaki. Flora pula sering dikaitkan dengan kecantikan, keangkuhan, sifat rapat atau akrab dll. Misalnya seperti enau dalam belukar dikaitkan dengan sikap mementing diri dan angkuh. Seperti aur dan tebing bermaksud kerjasama yang erat, hubungan yang akrab, saling membantu dan seerti dengannya seperti isi dengan kuku.

Dunia unggas, haiwan dan satwa tidak terkecuali menjadi lambang ungkapan dan perumpamaan Melayu. Harimau mati meninggalkan belang,ular menyusur akar tak akan hilang bisanya, ayam bertelor sebiji riuh sekampung, anjing dengan bayang-bayangnya dan banyak lagi dan melibat semua jenis hidupan tersebut. Dalam konteks burung, burung punai dilambangkan kasih sayang kerana sikap romantik dan saling kebersamaan bagi yang jantan dan betina. Mandi bersama, makan berdua, tidor bersama dan ke mana-mana juga bersama. Ini adalah contoh kasih sayang sejati. Tidak digambarkan kasih sayang itu dengan burong hantu, yakni burong yang paling cemburu dan kerana kecemburuannya itu, ia sanggup membunuh pasangannya.

Dari sawah turun ke padi, kasih sayang tidak akan sempurna dan bertahan tanpa sokongan kebendaan atau keperluan hidup. Padi adalah lambang keperluan material atau nafkaf zahir. Mempunyai sawah tanpa padi juga tidak melengkapkan kasih sayang. Padi juga simbol kepada budi semakin semakin berisi samakin tunduk.

dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati, seseorang akan menyayangi seseorang yang lain berdasarkan pilihan dan kesesuaian yang dalam Islam dianggap sekufu atau bersesuaian dengan cita rasa dan pilihan hati..rumusannya, kasih sayang yang akan lahir dari pandangan mata, sesuai dengan dengan pilihan hati, dibantu dengan keperluan material (padi)/ekonomi, tanpa itu kasih sayang tidak bertahan lama....

kepala dingin

teringat watak dalam cerita-cerita Mak Yong sejenis teater tradisional melayu iaitu Tok Wak Peran Tua Awang Sejambul Lebat. Watak pengasuh kepada watak utama Dewa Muda. Watak yang membantu Dewa Muda menaiki dunia angkasa dengan wau beremas berteraju 17. Dua terajunya diikat dikepala, empat diikat di dada, empat lagi di pinggang, tiga tali terajunya diikat di paha dan empat lagi diikat di kaki. Teraju dalam konteks ini adalah simbolik kepada rakaat dalam sembahyang iaitu dua rakaat sembahyang subuh dikaitkan dengan kepala yakni kepala solat, empat teraju yang diikat di dada adalah sembahyang zohor, empat tali teraju diikat di pinggang berlambangkan solat asyar, tiga diikat di paha dan empat lagi diikat di kaki. Semuanya dikaitkan dengan fizikal/tubuh badan manusia.

secara mudahnya, genap solat mengikut rakaat mengikut bahagian, akan memudahkan seseorang menemui Allah "di angkasa". Cacat solat dan tali teraju yang terputus akan menggagalkan wau/lelayang untuk terbang ke angkasa.

kenapa dipilih Tok Wak Peran Tua Awang Sejambul Lebat?. Ianya merupakan simbol seorang yang beriman. Semakin tua semakin berisi dan semakin dingin kepalanya. Sejambul lebat adalah simbol kepada rambut yang penuh di kepala walaupun tua. Orang yang berambut lebat sampai ketua adalah orang yang berkepala dingin dan sejuk. Berbanding dengan yang berambut jarang atau botak. Mengikut tafsiran masyarakat, lelaki botak adalah lelaki berkepala panas, yakni mempunyai penyakit tertentu misalnya kurang sabar, panas baran dan tak mampu menyelesaikan masalah. Malah secara "berselorohnya" lelaki yang tidak kuat seks atau lemah tenaga batin dan seringkali ditarik rambutnya oleh siisterinya ketika melakukan seks dan dianggap "pendek" anunya.

Tafsiran tentang rambut lelaki juga bermacam bentuknya dalam Ilmu Kepustakaan Tradisional Melayu, misalnya yang berambut kerinting bertubuh pendek bermata buklat dikatakan orang yang mementingkan diri sendiri dan tidak boleh dipercayai. berambut lurus bermata sepek pula dianggap golongan yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyerahkan maruahnya demi memperolehi sesuatu termasuk menyerahkan isterinya kepada orang demi memenuhi hasratny atau matlamatnya.

kembali kepada kepala dingin, dalam melaksanakan apa jua keadaan kita disarankan berkepala dingin berdasarkan 3 perkara:
1. melihat persoalan/permasalahannya apa
2. alasan-alasan/hujah-hujah berserta dengan contoh-contoh
3. rumusan/perlaksanaan

yang secara Islamiknya berdasarkan:
1. tafsir
2. taarif
3.tamsil
4.taakul

sekadar pembuka minda pagi selasa...


keutamaan

dalam menjalankan tanggungjawab dan berkebajikan kadang-kadang kita terlupa bahawa dalam mendidik para pelajar di sekolah kita lakukan agar anak murid kita berjaya dan cemerlang dalam dunia akademik,tetapi anak kita sendiri terbiar dalam kegelapan. kita biarkan orang lain melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita, lalu anak orang lain cerdik anak kita bodoh dan gagal dalam hidup lalu kita salahkan anak itu. sebagai seorang bapa, keperluan rumah tangga harus disempurnakan dahulu berbanding berbuat kebajikan ke atas orang lain. memenuhi keperluan batiniah dan fizikal kepada keluarga adalah amanah dan keutamaan yang dituntut agama..jangan menyusukan kera di hutan, sedangkan anak sendiri kelaparan..renungkanlah..

Monday, February 15, 2010

alam ghaib

semalam seorang teman singgah rumah saya bersama keluarganya, bersama isteri dengan dua anak lelaki berusia sekitar 2 hingga 4 tahun, ibu dan seorang adik perempuan. saya telah lama mengenalinya melalui alam siber dan semalam buat pertama kali secara live. seronokna tidak terhingga, apatah lagi seorang bapa muda yang juga seorang guru silat, kolektor keris. lebih menyeronokan lagi, dia membawa beberapa bilah keris koleksi terbarunya.

dia memilih sekeping kemuning hitam blak ular sawa dan sekeping kemuning emas yang usianya ratusan tahun yang saya bawa dari daerah Chintawangsa iaitu nama lama bagi gua musang. selain itu dia memilih dua keping potongan kemuning pokok hidup untuk dibuat hulu sampir keris-keris barunya di samping tempahan pelanggan kerana dia juga salah seorang peniaga keris yang terkenal di perak.

hampir maghrib dia meninggalkan rumah saya. Difahamkan selepas keluar dari rumah saya, keretanya berat sehinggalah ke Damansara, sekitar 10-15 km, pada hal terdahulunya tiada apa-apa kerosakan teknikal. sebagai seorang guru silat, kolektor keris dia faham, ada sesuatu yang menumpang keretanya. Selepas dilakukan sesuatu keretanya kembali normal. Hasratnya untuk singgah di pusat membeli belah terkenal di damansara dibatalkan, dia terus pulang ke rumah saudaranya.

dia sms saya pada jam 2 pagi. saya tersenyum je tanpa membalas sms. sehinggalah pagi tadi saya call dia bertanyakan hal yang terjadi. dia mengatakan bahawa kayu usia tua ada tuannya. ada pemilik. sebab itu dalam tradisi melayu sebelum menebang sebatang pokok diberikan salam dan dibacakan doa nabi Ilyas. Dengan cara ini kayu yang ditebang akan lebih "berkat dan khasiatnya" tidak hilang, pemiliknya akan memberikan keizinan.

dalam kepercayaan melayu, bahawa pokok-pokok besar ada pemiliknya yang hidup di alam ghaib iaitu dunia jin, dunia hantu serta dunia bunian. Kayu kemuning seringkali dikaitkan dengan dunia bunian, sejenih makhluk yang hampir menyerupai dunia manusia. ada yang Islam dan kafir. Kemuning dikatakan kayu mulia bagi kelompok bunian. Tanpa meminta izin, akan ada hal-hal aneh yang terjadi.


Suatu hal lagi, di mana ada kayu kemuning, para bunian di sekitarnya akan berpindah dan berkampung di tempat yang terdapat kayu kemuning.apakah ini benar atau tidak, ini kepercayaan masyarakat melayu tentang alam bunian dan ghaib..wallahualambissawab.

wafak

di atas adalah sejenis wafak yang ditulis di tapak tangan seorang lelaki kemudian digosok-digosok di kemaluan perempuan untuk menaikan nafsu syahwatnya. Wafak atau susunan aksara jawi/arab ini digunakan untuk membangkitkan nafsu wanita berusia yang kurang selera seksnya.
wafak di atas pula digunakan bagi lelaki yang mengalami impotensi atau lemah tenaga batin. ianya ditulis pada sehelai kertas atau kain, dilipat dan diletakan bawah bantal, atau di tempat tertentu di atas ranjang sewaktu melakukan hubungan seks.
sekadar dua jenis wafak sebagai contoh, menunjukan bahawa masyarakat melayu masih menggunakannya sehingga hari ini walaupun terdapat perbagai jenis perubatan moden, alternatif yang juga boleh memilih pelbagai jenis pil perangsang, teknik bersenggama, wafak masih lagi menjadi pilihan utama. ianya juga dianggap bertentangan dengan agama. namun kelangsungan berterusan..apakah ianya merupakan keperluan psikologi manusia ataupun secara mistik memang benar-benar ampuh!

berjiwa besar

menerima teguran adalah suatu tindakan yang terpuji. seseorang yang berjiwa besar tidak akan cepat melatah dan marah-marah apabila dikritikan walaupun kritikan itu tidak benar. Malah dia berlapang dada terhadap setiap teguran atau kritikan, tidak memendam rasa marah dan dendam. Ini adalah kerana dengan menanggap setiap kritikan dan teguran itu ada kebenaran dan sentiasa ingin membaiki diri, dia menerima dengan hati yang terbuka...ini adalah manusia yang berjiwa besar di samping sentiasa memaafkan kesalahan orang.

Sunday, February 14, 2010

hulu/hilt for sale

pendokok pacat
bahan tembaga
edisi baru dari sulawesi
rm100

pendokok tembaga lama
                             rm180

hulu rm230 setiap satu
bahan/material kemuning

Friday, February 12, 2010

gigi dan grahang

foto adikidan
seni ukiran hulu dan sampir keris bukan hanya tertumpu pada kayu iaitu kemuning (emas dan hitam), kayu cendana, kenaung, buwei, jati dll, juga tanduk dan gading, tulang haiwan, dan yang paling sulitnya adalah gigi ikan dan grahang gajah. dengan peralatan sederhana di zamannya, para pengukir Melayu dengan kepakaran yang disertai dengan kesabaran serta ketelitian, grahang dan gigi diukir dalam pelbagai variasi hulu serta sampir keris.
foto adikidan
Paklah pengukir tunggal sampir dan hulu dari grahang gajah serta gigi ikan di malaysia dewasa ini. Sehingga kini belum ada lagi ada peganti.

Thursday, February 11, 2010

sakit

lumrah kepada yang bernyawa pasti akan merasai sakit dan kesakitan. terdapat 3 jenis penyakit yang biasa dihadapi oleh manusia:
1. sakit fizikal
sakit fizikal terdiri dari sakit pening, demam, lemah jantung, kencing manis bdsbnya yang memerlukan rawatan perubatan mungkin secara profesional fan klinikal yang melibatkan diet, ubat, terapi dsbnya yang secara profesionalnya akan sembuh.
2. sakit kiriman yang dalam istilah biasa disebut buatan orang, tuju, sihir dan seumpamanya yang amat sulit diubati secara klinikal dan memerlukan kemahiran khusus secara mistik dan juga spiritual mungkin berlandaskan dukun, bomoh, pawang ataupun alim ulamak yang melibatkan kiriman santau, sihir, khadam, jin dan syaitan.
3. penyakit nak lebih dan nak cepat yakni nak cantik, pakai susuk, mantera dan jampi serapah, nak kemaluan yang besar, panjang, keras, tahan lama dan banyak air, guna macam-macam cara berdukun, minyak lintah dsbnya, nak cepat kaya dengan beli nombor, menarik dll, penyakit tamak takut laki dikebas orang, cara tanggas, memberi makanan kotor sehingga suami bodoh seperti lembu, dan banyak lagi penyakit yang tidak memerlukan usaha dan tawakal dengan alternatif bomoh pawang, tidak persoalkan halal haram, asal jadi dosa pahala dilupakan...anda sakit apa sekarang?..saya sedang demam iaitu sakit fizikal, dah ke klinik doktor kasi obat dan dah telan sebiji dua, sedikit lega...telitilah diri dan penyakit anda agar senang dirawat...

Tuesday, February 9, 2010

tongkol kemuning for sale

batang kemuning emas
rm20/kg tidak termasuk pos
kegunaan untuk hulu dan sampir keris
perubatan dan perbomohan
kosmetik dan kecantikan

Monday, February 8, 2010

mengeluh

bila berdepan dengan masalah, ramai yang berungut dan bersungut sehingga kekadangnya menyesakkan jantung, menaikkan darah, stress, tension...pada hal masalah tidak selesai juga. berungut dan bersungut lebih banyak mendatangkan masalah..lebih duduk seketika tenangkan fikiran, renung-renung dan telitilah apa yang menyebabkan masalah, kalau ianya berpunca dari kewangan, kenapa tak cukup, apa yang menyebabkan biaya bertambah.pasti ada puncanya dan bagaimana cara mengatasinya..kalaulah wang puncanya, banyak cara untuk mengatasinya, banyak kerja sambilan yang boleh dibuat, cuma anatara mahu dan tidak sahaja...tak perlu mengeluh kerana dengan mengeluh masalah tak akan selesai...

Friday, February 5, 2010

sepi

teringat kata-kata arwah ayah, bila kita rasa kosong dan sepi yang teramat sangat tu, salah satu tanda kita dah tualah tu. dan suatu hal yang jelasnya kita tak cukup amal ibadat. bagi yang cukup solat zikir, ngaji al Quran tak akan sepi kerana setiap bahagian jiwa dan rohnya terisi. katanya orang-orang yang merasa sepi dan kosong tu orang yang tak melakukan apa-apa yang berfaedah. dengan membaca satu dua surah dalam beberapa minit sehari akan memberikan ketenangan kepada kita..kata arwah ayah ambo..

Thursday, February 4, 2010

cincin delima

 delima burma
                                                        13 karat
                                                         suasa 3.5gram
                                                         ukiran bunga jawa
                                                         perak
                                                         saiz 17 (perbesaran
                                                         saiz percuma)
                                                         berminat call/sms 0122910074