hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Tuesday, February 16, 2010

kepala dingin

teringat watak dalam cerita-cerita Mak Yong sejenis teater tradisional melayu iaitu Tok Wak Peran Tua Awang Sejambul Lebat. Watak pengasuh kepada watak utama Dewa Muda. Watak yang membantu Dewa Muda menaiki dunia angkasa dengan wau beremas berteraju 17. Dua terajunya diikat dikepala, empat diikat di dada, empat lagi di pinggang, tiga tali terajunya diikat di paha dan empat lagi diikat di kaki. Teraju dalam konteks ini adalah simbolik kepada rakaat dalam sembahyang iaitu dua rakaat sembahyang subuh dikaitkan dengan kepala yakni kepala solat, empat teraju yang diikat di dada adalah sembahyang zohor, empat tali teraju diikat di pinggang berlambangkan solat asyar, tiga diikat di paha dan empat lagi diikat di kaki. Semuanya dikaitkan dengan fizikal/tubuh badan manusia.

secara mudahnya, genap solat mengikut rakaat mengikut bahagian, akan memudahkan seseorang menemui Allah "di angkasa". Cacat solat dan tali teraju yang terputus akan menggagalkan wau/lelayang untuk terbang ke angkasa.

kenapa dipilih Tok Wak Peran Tua Awang Sejambul Lebat?. Ianya merupakan simbol seorang yang beriman. Semakin tua semakin berisi dan semakin dingin kepalanya. Sejambul lebat adalah simbol kepada rambut yang penuh di kepala walaupun tua. Orang yang berambut lebat sampai ketua adalah orang yang berkepala dingin dan sejuk. Berbanding dengan yang berambut jarang atau botak. Mengikut tafsiran masyarakat, lelaki botak adalah lelaki berkepala panas, yakni mempunyai penyakit tertentu misalnya kurang sabar, panas baran dan tak mampu menyelesaikan masalah. Malah secara "berselorohnya" lelaki yang tidak kuat seks atau lemah tenaga batin dan seringkali ditarik rambutnya oleh siisterinya ketika melakukan seks dan dianggap "pendek" anunya.

Tafsiran tentang rambut lelaki juga bermacam bentuknya dalam Ilmu Kepustakaan Tradisional Melayu, misalnya yang berambut kerinting bertubuh pendek bermata buklat dikatakan orang yang mementingkan diri sendiri dan tidak boleh dipercayai. berambut lurus bermata sepek pula dianggap golongan yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyerahkan maruahnya demi memperolehi sesuatu termasuk menyerahkan isterinya kepada orang demi memenuhi hasratny atau matlamatnya.

kembali kepada kepala dingin, dalam melaksanakan apa jua keadaan kita disarankan berkepala dingin berdasarkan 3 perkara:
1. melihat persoalan/permasalahannya apa
2. alasan-alasan/hujah-hujah berserta dengan contoh-contoh
3. rumusan/perlaksanaan

yang secara Islamiknya berdasarkan:
1. tafsir
2. taarif
3.tamsil
4.taakul

sekadar pembuka minda pagi selasa...


No comments: