hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Tuesday, March 30, 2010

surat dari pengunjung

saya sebenar sudah lama tidak menerima surat kecuali urusan rasmi samada dari universiti tempat saya bekerja atau dari luar. kalau rakan-rakan, juga pengunjung blog biasanya mereka menalipon, sms, memberi komen ataupun menghantar e-mail. dengan menerima surat dari sdr pengunjung dari kelantan ini membawa nostalgia yang cukup menarik sehingga saya tersenyum. surat ini membawa saya ke memori fotografik. dengan membaca surat ini mengenangkan zaman kanak-kanak, remaja dan dunia universiti saya.
dulu-dulu bila saya teringat pada orang tua di kampung, saya akan menulis surat bertanya khabar, bila nak duit saya akan hantar telegram, talipon jauh sekali, apatah lagi e-mail, sms dan sebagainya.
isi kandungan surat dari saudara pengunjung blog saya ini berbicara tentang Perubatan Tradisi Melayu. bidang ini paling saya minati kerana sains melayu banyak terserlah di dalam, yakni sains perubatan, terapi psikologi, bahasa dan kebahasaan dan seumpamanya. walaupun saya sedikit sebanyak dari darah bomoh, saya bukanlah bomoh, dukun atau pawang tetapi sebagai pengkaji yang membawa saya ke ceruk rantau menggali, memahami dan mengaplikasinya di bilik kuliah untuk tujuan pengembangan ilmu.
surat dari rakan pembaca ini menyedarkan saya bahawa dunia ilmu pengetahuan harus dikembangkan untuk tujuan kemanusiaan. yang pentingnya ilmu melayu harus dikaitkan dengan Islam kerana di situlah asas kewujudan bangsa Melayu. terima kasih tak terhingga kerana surat ini memberikan nostalgia zaman lampau saya di mana asal usul harus dipertahankan.

Monday, March 29, 2010

hulu coteng

hulu coteng dalam tadisi keris melayu dikatakan terjadi akibat proses pengislaman kebudayaan melayu warisan hindu. segala objek yang berbentuk dewa beralih kepada bendaan atau simbol alam seperti flora, faunan dan fizikal manusia sendiri.
ukirannya adalah dalam bentuk asas sahaja.

sama konsepnya dengan hulu pekaka yang dikatakan lebih awal lagi.

ianya kemudian mengalami perubahan kepada berukiran di beberapa bahagian. proses perubahan ini seterusnya membawa perubahan nama kepada tajung yang secara dasarnya mempunyai bentuk yang hampir sama kecuali ukirannya dan motif.

dikatakan berasal dari burung raja udang/pekaka ianya menerima kesempurnaan kepada bentuk tajung yang lebih unik dan kompleks

Sunday, March 28, 2010

menikmati hidup


hidup ini memang indah jika mensyukur apa yang kita miliki. hadapilah hidup dengan cara yang sederhana. jangan berungut dan bersungut,dengan berungut dan bersungut kita akan berdepan dengan lebih banyak masalah lagi..nikmatilah hidup dengan seadaanya.

Saturday, March 27, 2010

tiga beradik karya paklah

di kelantan terdapat beberapa orang tukang badik ternama antaranya pak mod, mat long dan paklah. setiap tukang ini mempunyai ciri-ciri khusus lagi khas memperlihatkan kepakaran dan kemahiran masing-masing.

tiga bilah badik pupuk karya paklah adiguru keris melayu ini memperlihatkan pelbagai teknik cantuman besi.senjata tikaman ini cukup popular sehingga kini kerana harganya lebih murah berbanding keris. daya gunanya tidak kalah berbanding keris.

Tuesday, March 23, 2010

siapa kita?

kekadang kita terlupa kedudukan kita seolah-olah semua perkara kita tahu, semua tempat kita telah sampai, semua ilmu telah kita pelajari pada hal kita tidak tahu apa-apa pun. Kita hanya insan kecil dalam kelompok yang besar, bukan seorang guru, bukan seorang ulamak, bukan seorang pedagang, bukan seorang seniman dan bukan siapa-siapa pun dalam kelompok kita, apatah lagi dalam masyarakat. Orang dalam kelompok kita pun tak mengenali kita. Lalu kita ciptakan kebesaran diri agar mempunyai tempat dalam masyarakat tanpa bermula dari mana-manapun. ego yang sedemikian akhirnya memenjarakan kita dalam dunia kita sendiri lalu jadilah kita seorang romantisme keputusaan dan idealisme abstrak. kita kecewa  dengan orang-orang di sekitar kita kerana mereka bukan sahaja menolak pandangan kita bahkan malabelkan kita kepada darjat yang lebih rendah. sepatutnya kita mengambil pendekatan pendidikan yakni mencari sebanyak mungkin ilmu, memperbaiki tingkat kehidupan yang lebih sejahtera, memperkuatkan pegangan hidup dan agama, bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dan keluarga. biarlah ada sesuatu yang dapat dibawa pulang untuk anak isteri di rumah, kita bukanlah sebagai seorang suami atau ayah yang pecundang yang tewas seperti puisi a samad said, kosong tangan kosong dada, tiada apa-apa untuk dibawa pulang....

Saturday, March 20, 2010

duit yassin

semalam ambo dikunjungi oleh seorang sahabat. tujuannya tidak lain tidak bukan untuk meminjam duit yassin yang juga dipanggil duit wali tujuh dan banyak nama lain lagi. katanya dia tersepit dengan masalah kewangan. gajinya kecil tak pernah cukup malah kos sara hidup dan perbelanjaan sekolah anak-anak terus meningkat. kalau saya tak bagi pinjam, dia sanggup beli biar berapa pun yang saya minta. memang saya tolak permintaannya samada untuk dipinjam atau menjualnya. saya tidak ingin bersubahat dalam hal-hal bidaah, syirik, kufur dan banyak lagi istilahnya.
sebagai seorang guru saya menasihatinya, memberikan beberapa pandangan walaupun tidaklah seperti ustaz atau imam di surau-surau atau masjid. saya tunjukkan kepingan kayu kemuning yang saya jual, beberapa bilah keris, badik hulu dan sampir keris. saya nyatakan pada peringkat manapun duit tak akan pernah cukup. yang pentingnya sedikit usaha mensejahterakan keluarga adalah tanggungjawab dan ibadah. berusaha banyak cara usaha, yang pentingnya menggunakan akal yang waras dan tenaga itu yang paling praktikal. duit yassin atau apapun barangan mistik sepanjang pengetahuan saya tidak pernah mendatangkan hasil, malah seringkali ditipu bomoh sahaja, masakan seorang bomoh akan sanggup mengkayakan orang lain lebih dulu berbanding dengan diri mereka, kerana fitrah manusia, kepentingan diri lebih didahulukan berbanding orang lain. malah kebanyakan bomoh bidang ini miskin daif kehidupannya, bukan saya menghina tetapi mereka juga bukan ahli sufi atau ahli laduni yang sebenar, dan kebanyakannya bukanlah kelompok yang taat beragama, amalan dan cara kehidupan seharian pun tak banyak bezanya dengan orang lain.
saya nasihatkan dia supaya lebih berusaha berbanding dengan kerja-kerja menarik duit dan harta karun, berbanding menghabiskan duit di kedai magnum, toto, damaicai dsbnya. mudah saya setiap ringgit wang tersebut
digunakan untuk modal kecil-kecilan misalnya berniaga petai di pasar malam mungkin menghasilkan dua tiga belas ringgit keuntungan untuk satu malam. dia menjawab lecehlah, malulah. saya tanya beratur di kedai toto itu tidak merendahkan martabatnya, tak malu pada diri, pada anak bini dan orang lain. dia diam. saya kata lagi,dari duduk menghabiskan waktu dengan sia-sia, lebih baik dapat sepuloh ringgit sekurang-kurangnya dah cukup untuk sekilo beras dan setengah kilo ikan kering yang boleh diberi makan kepada anak isteri, walaupun menang sepuloh ribu duit haram yang menjahanam
zuriat dan darah daging. dia persoalkan kenapa saya menyimpan benda-benda yang dianggap mistik. senang je jawab saya, ianya sebagai contoh dfan juga sebagai bahan pengjaran di bilik kuliah tentang kepustakaan ilmu tradisional melayu, dan benda-benda tak pernah pun saya guna untuk tujuan lain dan saya sendiri tak pernah mempercayai kehebatan dan kekuatannya kerana ianya hanyalah sekeping logam yang tidak bermaya yang tidak mampu pun berbuat apa-apa terhadap manusia..dia memohon diri untuk pulang...di wajahnya kelihatan kekewaan yang mendalam...sekadar satu renongan petang sabtu.

Friday, March 19, 2010

kepingan kemuning bate pulas

lebar 3-7in,tebal 2-4in, panjang 6-36in harga RM25-50/kg
berminat call 0122910074

Sunday, March 14, 2010

buku rujukan keris

buku-buku di atas boleh dijadikan  rujukan mengenai keris

Thursday, March 11, 2010

zon rendah prestasi

istilah jawa yang cukup popular "legowo", "legalelo", "mnerimo" harus diteladani untuk menghadapi apa jua keadaan dengan tenang. mengakui hakikat kobolehan dan kekurangan diri memberikan kita ruang muhasabah diri.Menerima apa jua keadaan menjadikan kita lebih matang bertindak, lebih sabar dan sedar diri. senyum dan ceriakanlah kehidupan walaupun anda sudah berusaha semaksimum mungkin tetapi masih dinilai rendah prestasi. tugas kita menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, sebagai seorang yang makan gaji. biarlah setiap sen rezeki yang dibawa pulang itu halal dan berkah. mungkin sepanjang hidup anda tidak pernah naik pangkat, percayalah bahawa anda sudah ditentukan rezeki yang selayaknya oleh Pencipta kita ini iaitu Allah Subhanahuwataala. Legowolah dalam apa jua keadaan dan ini memberikan kelapangan jiwa dan raga untuk terus hidup esok sehari lagi, sehari lagi dan sehari lagi sehingga ke akhir hayat.

Sunday, March 7, 2010

kemuning emas tanah tinggi

daerah asalnya gua musang kelantan
tumbuh dan hidup di kawasan bergua dan berbatu
usia dianggarkan melebihi 200 tahun
kegunaannya:
1. mistik dan perbomohan
2. perubatan dan kesihatan
3. kosmetik dan kecantikan
4.ukiran hulu dan sampir keris
5.dijadikan minyak urut/rematik

berat 5kg
ukuran 14x3.5x6in harga RM220 termasuk poslaju untuk semenanjung malaysia

Saturday, March 6, 2010

pare kuek/bangau

panjang bilah/mata 14in panjang keseluruhan 20 inci
mata /bilah tua
hulu gantian baru/tembaga lama    
RM1245

digunakan sebagai senjata, peralatan pertanian untuk menebas dan menebang, meraut, menyadat nira kelapa, semuanya bergantung kepada saiz besar kecil dan kekutan besi tempaannya.

Friday, March 5, 2010

waktu

dengan rutin dan tugas sehari-harian, kita seolah-olah tidak cukup waktu dalam hidup.terpaksa menangguhkan waktu makan, menangguhkan solat hingga sampai dah dekat habis waktu, mengurangkan waktu tidor dan seumpamanya. kenapa ini terjadi! jawapannya satu kerana mengejar pangkat dan jawatan. Pada hal kerja itu adalah amanah dan tanggungjawab yang sesuai mengikut upah yang kita terima. melakukan yang terbaik itu satu kemulian. mengurus waktu bukanlah sesuatu yang sulit dan juga bukanlah hal yang mudah.

cuma perancangan kerja harus kita lakukan mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita seharusnya memberikan waktu untuk kesejahteraan hidup, ada waktu rehat, ada waktu beramal ibadat, waktu bersama isteri dan anak-anak dan yang penting redho dengan apa yang kita miliki, kerja dan pangkat hanyalah sebahagian dari kehidupan sementara kita ini...

Wednesday, March 3, 2010

menghargai

kita seringkali minta pertolongan seseorang dalam menyelesaikan masalah kita. pertolongan atau bantuan itu mungkin perhidmatan, kebendaan atau apa sahaja. setelah memperolehinya kita mungkin hanya mengucap terima kasih atau berlalu begitu sahaja. kita sebenarnya lupa bahawa orang yang telah menolong kita itu telah mengorbankan waktu dan wang ringgit. dalam dunia serba berbayar ini orang yang menolong kita itu telah bergerak dengan kenderaan, membayar parking dan mungkin pula telah mengajak orang yang berkenaan makan atau minum. semuanya menggunakan wang. untuk itu apalah salahnya kita "bersedekah seratus dua kepada anaknya". atau memberikan buah tangan kepada isterinya, atau sehelai batik kepadanya atau setidak-tidak mengundang mereka sekeluarga makan malam sekeluarga...semua ini besar ertinya..