hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My Photo
kuala lumpur, w.persekutuan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 14400052531525. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.

Saturday, March 20, 2010

duit yassin

semalam ambo dikunjungi oleh seorang sahabat. tujuannya tidak lain tidak bukan untuk meminjam duit yassin yang juga dipanggil duit wali tujuh dan banyak nama lain lagi. katanya dia tersepit dengan masalah kewangan. gajinya kecil tak pernah cukup malah kos sara hidup dan perbelanjaan sekolah anak-anak terus meningkat. kalau saya tak bagi pinjam, dia sanggup beli biar berapa pun yang saya minta. memang saya tolak permintaannya samada untuk dipinjam atau menjualnya. saya tidak ingin bersubahat dalam hal-hal bidaah, syirik, kufur dan banyak lagi istilahnya.
sebagai seorang guru saya menasihatinya, memberikan beberapa pandangan walaupun tidaklah seperti ustaz atau imam di surau-surau atau masjid. saya tunjukkan kepingan kayu kemuning yang saya jual, beberapa bilah keris, badik hulu dan sampir keris. saya nyatakan pada peringkat manapun duit tak akan pernah cukup. yang pentingnya sedikit usaha mensejahterakan keluarga adalah tanggungjawab dan ibadah. berusaha banyak cara usaha, yang pentingnya menggunakan akal yang waras dan tenaga itu yang paling praktikal. duit yassin atau apapun barangan mistik sepanjang pengetahuan saya tidak pernah mendatangkan hasil, malah seringkali ditipu bomoh sahaja, masakan seorang bomoh akan sanggup mengkayakan orang lain lebih dulu berbanding dengan diri mereka, kerana fitrah manusia, kepentingan diri lebih didahulukan berbanding orang lain. malah kebanyakan bomoh bidang ini miskin daif kehidupannya, bukan saya menghina tetapi mereka juga bukan ahli sufi atau ahli laduni yang sebenar, dan kebanyakannya bukanlah kelompok yang taat beragama, amalan dan cara kehidupan seharian pun tak banyak bezanya dengan orang lain.
saya nasihatkan dia supaya lebih berusaha berbanding dengan kerja-kerja menarik duit dan harta karun, berbanding menghabiskan duit di kedai magnum, toto, damaicai dsbnya. mudah saya setiap ringgit wang tersebut
digunakan untuk modal kecil-kecilan misalnya berniaga petai di pasar malam mungkin menghasilkan dua tiga belas ringgit keuntungan untuk satu malam. dia menjawab lecehlah, malulah. saya tanya beratur di kedai toto itu tidak merendahkan martabatnya, tak malu pada diri, pada anak bini dan orang lain. dia diam. saya kata lagi,dari duduk menghabiskan waktu dengan sia-sia, lebih baik dapat sepuloh ringgit sekurang-kurangnya dah cukup untuk sekilo beras dan setengah kilo ikan kering yang boleh diberi makan kepada anak isteri, walaupun menang sepuloh ribu duit haram yang menjahanam
zuriat dan darah daging. dia persoalkan kenapa saya menyimpan benda-benda yang dianggap mistik. senang je jawab saya, ianya sebagai contoh dfan juga sebagai bahan pengjaran di bilik kuliah tentang kepustakaan ilmu tradisional melayu, dan benda-benda tak pernah pun saya guna untuk tujuan lain dan saya sendiri tak pernah mempercayai kehebatan dan kekuatannya kerana ianya hanyalah sekeping logam yang tidak bermaya yang tidak mampu pun berbuat apa-apa terhadap manusia..dia memohon diri untuk pulang...di wajahnya kelihatan kekewaan yang mendalam...sekadar satu renongan petang sabtu.

No comments: