hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Tuesday, March 30, 2010

surat dari pengunjung

saya sebenar sudah lama tidak menerima surat kecuali urusan rasmi samada dari universiti tempat saya bekerja atau dari luar. kalau rakan-rakan, juga pengunjung blog biasanya mereka menalipon, sms, memberi komen ataupun menghantar e-mail. dengan menerima surat dari sdr pengunjung dari kelantan ini membawa nostalgia yang cukup menarik sehingga saya tersenyum. surat ini membawa saya ke memori fotografik. dengan membaca surat ini mengenangkan zaman kanak-kanak, remaja dan dunia universiti saya.
dulu-dulu bila saya teringat pada orang tua di kampung, saya akan menulis surat bertanya khabar, bila nak duit saya akan hantar telegram, talipon jauh sekali, apatah lagi e-mail, sms dan sebagainya.
isi kandungan surat dari saudara pengunjung blog saya ini berbicara tentang Perubatan Tradisi Melayu. bidang ini paling saya minati kerana sains melayu banyak terserlah di dalam, yakni sains perubatan, terapi psikologi, bahasa dan kebahasaan dan seumpamanya. walaupun saya sedikit sebanyak dari darah bomoh, saya bukanlah bomoh, dukun atau pawang tetapi sebagai pengkaji yang membawa saya ke ceruk rantau menggali, memahami dan mengaplikasinya di bilik kuliah untuk tujuan pengembangan ilmu.
surat dari rakan pembaca ini menyedarkan saya bahawa dunia ilmu pengetahuan harus dikembangkan untuk tujuan kemanusiaan. yang pentingnya ilmu melayu harus dikaitkan dengan Islam kerana di situlah asas kewujudan bangsa Melayu. terima kasih tak terhingga kerana surat ini memberikan nostalgia zaman lampau saya di mana asal usul harus dipertahankan.

No comments: