hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Sunday, October 9, 2011

Kacip pinang tokwan

 
 
 
 
dgn cekati tokwan kupas dan racik pinang
kepingan pinang kosi atawa pinang kuning tepi pagar
tokwan tadah atas sireh bertemu urat campur sedikit gambir
dan sireh tadi dah dilumur kapur dari kulit kerang
tambah perencah atap batah tanah mera...h
lalu dilipat kiri dan kanan, dilipat kedua hujungnya
waktu muda terus kunyah-kunyah sampai lumat
lemak pedas kelat dan letar menyelinap di rongga tekak
air yg merah melilih dibibir tokwan lega hilang loya nasi
berlauk ikan singgang anak beluru

waktu dah tua lipatan sirih dimasukkan ke dalam gobek tembaga
yang tok beli di kedai sari kedai menanti tanda kasih seorang suami
dgn sumbat yang tok raut batang kacip fatimah, tokwan tikam tunjang berkali kali sampai lumat, tokwan dgn anak gobek tokwan tusuk tolak ke atas lazat dan nikmat tokwan mengunyah menyempurna nasi kerabu
pucuk putat daging bakar

inilah rahsia gigi tokwan yg kuat lagi utuh, inilah rahsia
muka tokwan lambat berkedut dan awet muda, inilah rahsia mutiara tokwan harum semerbak pejal dan kukuh, keringnya bak sahara di gurun
mencengkamnya bak kuku helang menerkam haruan tak meronta-ronta
tak terlerai tak terkalah hingga subuh, buat penyeri tok sang suami
inilah rahsia sirih, kacip dan gambir, sirih penyeri suri, kacip memotong
hasrat, gobek penghancur nafsu, gambir pengetat gelora
lengkaplah hasrat seorang isteri untuk sang suami

Kata tok lagi:
cekati punya misteri
kalau dikacip pada biji pinang dan ditinggalkan dlm cerana
pasti pelesit meraung ngeri, si tuannya pula meracau memaki hamun
siapa punya angkara biadab durhaka
itulah ilmu terakhir tok kepada cucunya yakni aku

No comments: