hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Tuesday, September 20, 2011

apa yang dicari dalam hidup!

sewaktu makan tengahari tadi saya srmpat lepak dgn dua orang profesor bekas guru dan sekaligus rakan sekerja. mereka kelihatan gelisah apabila kontrak jawatannya akan berakhir hujung tahun ini. lalu saya bertanya apakah mereka bekerja untuk mengisi sisa usia terakhirnya atau wang? Apakah usia pencen itu amat membosankan?. Apakah usia tua itu memerlukan banyak wang?. Dan perlukah meminta-minta, simpati, merayu untuk terus berjawatan? Persoalan ini terngiang-ngiang dalam benak otak. Setahu saya. seorang tua tidak lagi memerlukan wang yang banyak. Hutang rumah sudah langsai. Anak-anak sudah besar dan bekerja, biaya hidup pun tidaklah tinggi kerana ada penyakit-penyakit serangkai yang mereka hidapi, mereka berpantang, tak bpleh makan itu ini. Jadi untuk apa mereka "terpaksa terus bekerja", sedangkan pencen mereka juga tinggi.

campur tolak, mereka seharusnya lebih selesa menikmati sisa-sisa hidup berbanding saya yang anak-anak belum tamat universiti. masih memerlukan belanja yang besar, masih ada yang d ibangku sekolah, perlu bayar rumah, ansuran kereta, biaya orang tua dll. secara matematik dan angkanya, keperluan hidup yang saya tanggung jauh lebih besar, jauh lebih memening serta memitamkan kepala..

ada yang sanggup bekerusi roda untuk terus bekerja..apakah tujuannya, mengejar wang! Mengekal hidup dan status Quonya..prestij dan harkat, stail dan stailisasinya, mempertahan selera dan tastenya..semua inilah mengurangkan rasa malu, meminta-minta, jadi pengampu, sehingga terlupa maruah, akal budi, agama..merendahkan martabat diri, yang sepatutnya berehat beriadah, beragama mengukuh iman, ke masjid mencari diri dan iman..kerana sepanjang hayat usia habis dgn kerja tanpa rehat dan kelapangan hidup...yang pentingnya berjiwa besar dan mengakui hakikat bahawa kita telah tua dan nikmatilah hidup sebagai orang tua yg menghabiskan sisa-sisa hidup tanpa memikir wang dan harta lagi....

No comments: