1. Kemuning yang usianya melebihi 60 tahun ke atas. Kenapa? Kemuning baru akan beteras sikitar usia 40 tahun ke atas itupun bergantung kepada daerah fizikalnya. Kalau di kampung-kampung yang tanahnya biasa tidak berbatuan dan jauh dari gua kemungkinan beterasnya melebihi dari usia tersebut. Mengetahui usia kemuning dan kayu lain secara manual adalah dengan membilang pusaran pada dagingnya. satu pusaran bererti sepuloh tahun. Untuk kemuning usia muda boleh digunakan tetapi dua bahagian pokok yang dicadangkan iaitu bahagian yang bercabang dan umbi yang dalam tanah. Bahagian ini mempunyai blak yang cantik. Tapi pastikan ianya benar-benar kering secara semulajadi di tempat teduh dan lembab kerana mudah retak dan pecah. Waktu untuk proses pengeringan ini sebaik-baiknya dua tahun.
2. Sesetengah orang akan mencari urat dan daging kemuning. Semakin tua kemuning semakin halus urat dan daging kayunya. Pemilihan urat dan daging kayu kemuning ini berdasarkan jenis dan daerah fizikalnya. Semakin berbatu daerah tumbuhnya semakin halus dan keras.
3. Blak atau plot. Semakin tua atau sukarnya daerah tumbuhnya pokok kemuning semakin cantik blak atau plotnya. Plot atau kemuning ini terhasil akibat "kesakitan" yang dihadapinya. Biasa keseluruhan kemuning yang beteras ada blaknya. Namun bahagian kemuning yang berblak cantik biasanya pada bahagian bercabang, ada buku (bonjolan) dan juga teras umbi termasuk akar.
yang penting dalam memperolehi ira, daging dan blak ini adalah cara pemotongan kemuning itu sendiri. Kemuning yang dipotong melintang akan menghasilkan blak yang berbeza berbanding dipotong bulat atau bujur. Malah sudut pemotongan samada 15 darjah, 45 darjah dan seumpamanya.
potongan membujur
potongan melintang
No comments:
Post a Comment