hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Saturday, November 28, 2009

Pendokok





Pendokok Tajung





Pendokok Tali




Pendokok Kelopak Teratai


Sebilah keris tidak akan dipanggil keris jika ianya tidak berhulu sampir, berbatang serunai dan berpendokok. Pendokok adalah penutup hulu yang berperanan  "memegang" puting keris. Pendokok juga dipanggil cincin, kili-kili, mendak dan sebagainya. Ianya adalah cincin terletak diantara hujung hulu dan ganja keris.

Terdapat bermacam-macam jenis pendokok keris yakni yang diperbuat dari emas, perak, suasa, gangsa, tembaga dan lain-lain lagi. Bentuknya pula antara lain tajung, bugis patani, pacat kenyang, teratai, telur ikan dsbnya. Sebiji pendokok diilhamkan berdasarkan pahatan/ukiran pada logam samada ukiran tembus atau pahatan permukaan dan juga casting. Ukiran yang terdapat pada pendokok tidak banyak bezanya dengan ukiran kasar pada sebuah rumah, atau ukiran halus pada sebuah sampir atau hulu keris, motif-motifnya tidak jauh bezanya dengan capan batik atau tenungan songket. Ukiran seperti ketam guri, bunga teratai, bunga cengkih, pakis, sulur kacang, bunga-bungaan dsbnya.

Sebilah keris secara fizikalnya hanya dapat dilihat hanyalah hulu dan sampirnya serta kilauan germalapan pendokoknya. Semakin bagus pendokok, di samping plot dan belak kayu serta ukiran, pendokok memberikan citra citarasa pemilik sebilah keris. Semakin cantik dan berseninya sebiji pendokok semakin menyerlah dan gahnya sebilah keris..

Jenis-jenis dan bentuk pendokok dapat pula menjelaskan fungsi atau peranannya bukan hanya hiasan keris, tetapi juga juga kedudukan seseorang individu pemiliknya. Malah ciri-cirinya yang khas lagi khusus dapat memberikan maklumat dari daerah mana ianya berasal. Misalnya pendokok yang berleher panjang kebiasaannya berasal dari daerah Bugis, dan bugis ini pula berbeza dengan bugis Sulawesi dengan Bugis Terengganu, mahupun Bugis Kelantan-Pattani. Ada gaya Palembang, gaya Minang dsbnya.

3 comments:

ehainis said...

ASSALAMUALAIKUM.. SAYA NKA BERTANYA, TUAN ADA PENDOKOK BAGI KERIS JAWA DAN SEMENANJUNG?? SAYA BERHAJAT NAK MEMBELINYA.. TUAN TOLONG EMAIL KPD SAYA KE ehainis@gmail.com

ehainis said...

ASSALAMUALAIKUM.. SAYA NKA BERTANYA, TUAN ADA PENDOKOK BAGI KERIS JAWA DAN SEMENANJUNG?? SAYA BERHAJAT NAK MEMBELINYA.. TUAN TOLONG EMAIL KPD SAYA KE ehainis@gmail.com

iedaRahman said...

Assalamualaikum.. tuan ada maklumat tentang proses pembuatan pendokok keris dan juga hulu keris? Jika ada, mohon share.