Sundang sinonim dengan masyarakat Melayu warisan kesultanan Sulu di Selatan Filipina. Senjata utama masyarakat di daerah ini adalah sundang. Sejenis senjata panjang yang juga dianggap tergolong dalam rumpun keris dan juga pedang. Panjang dan besar sundang ini amat dipengaruhi oleh alam maritim atau kelautannya. Sundang juga adalah senjata multipurpos yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Jenis lurus atau berlok, seni ukiran dan ragam rias sundang berkait pula dengan fungsi dan daya guna, kuasa dan kekuasaan dan kelas serta status sosial.
Di semenanjung Tanah Melayu, sundang tidak begitu popular berbanding keris, badik dan senjata lainnya. Namun pengaruh sundang sedikit sebanyak wujud dalam masyarakat terutamanya hubungan terengganu dan dengan daerah Melayu di Filipina tersebut ratusan tahun yang lalu. Orang-orang Terengganu yang berhijrah ke sana melalui perkahwinan dan sebagainya masih wujud hingga kini terutama di daerah Tawi-tawi dan beberapa tempat lainya.
Kerana hubungan inilah sundang mendapat nafasnya di terengganu. Namun terdapat sedikit perbezaan antara sundang terengganu dan sundang masyarakat warisan Kesultanan Sulu walaupun tidak ketara yakni, sundang sulu mempunyai ikatan samada perak, rotan dan bahan lain diantata ganja dan bilah di kiri dan kanannya, manakala sundang Terengganu dalam keadaan polos sahaja.
Melihat fizikal sundang samada dari segi bilahnya tidak banyak bezanya dengan keris jawa atau Melayu yakni terdapat ganja/aring di bahagian bawahnya yang dihiasi kerawang yang konsepnya bersamaan dengan keris, berlok atau lurus dan juga berlurah . Proses seni tempatnya juga tidak jauh bezanya kecuali hulu dan sarungnya yang lebih menyerupai konsep parang ihlang atau sekelas dengannya.
RM2200
No comments:
Post a Comment