hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Monday, December 7, 2009

Renungan

Setelah 3 bulan tidak memegang apa-apa jawatan dalam pengurusan, terasa hidup lebih bermakna. Banyak waktu dapat difokuskan kepada tugas-tugas hakiki sebagai seorang tenaga akademik. Waktu untuk mengurus anak-anak lebih teratur. Tidak seperti dulu, anak kadang-kadang terpaksa menunggu berjam-jam untuk dijemput pulang dari tuisyen. Mesyuarat tak pernah habis, banyak kelas terpaksa ditangguh.

Selepas menerima surat tunjuk sebab yang terpaksa dijawab tidak kurang dari 50 perkara dari pejabat pengurusan, akhirnya terasa juga ingin melepas jawatan pada waktu itu, tetapi memandangkan kontrek untuk jawatan ketua akan berakhir pada 31 ogos, hasrat itu ditangguhkan biarlah kontrek habis. Dalam pada itu pertemuan dengan pengarah memohon agar tidak disambung lagi berhasil bersama-sama dengan tiga rakan ketua yang lain dan seorang timbalan pengarah. Apakah logik, ketua jawatan dan timbalan pengarah rendah prestasi? Terdahulu tahun 2007 saya telah menerima Sijil Anugerah Cemerlang, 2008 menerima Anugerah Perhidmatan Cemerlang. Begitu juga Timbalan Pengarah menerima Anugerah Perhidmatan Cemerlang pada tahun 2009, tiba-tiba menerima surat tunjuk sebab Kakitangan Rendah Prestasi yang kemudiannya dia menolak dan tidak menerima anugerah tersebut. Bayangkan bertama kucar kacirnya sistem pengurusan dan pentadbiran .

Namun jam 12.30 dinihari tadi, setelah bosan membaca beberapa artikel saya keluar minum di sebuah restoran mamak. Bertemu dengan beberapa orang pengawal keselamatan yang memberikan khabar gembira bahawa salah seorang timbalan pendaftar d ditukarkan ke bahagian lain. Onar angkara datangnya dari beliau, dan sebagai seorang yang berkaliber pengurusan tidak sepatutnya bertindak tanpa melihat fail-fail peribadi seseorang staf. Seorang pengurus tidak seharusnya bertindak dan membuat keputusan dengan hanya mendengar lapuran secara lisan.

Hari ini berita yang diterima dini hari tadi adalah benar. Renungannya, jangan jadi "lebih sudu dari kuah", bila menjadi pengurus berlaku adillah kepada semua orang, tidak kira yang bawahan atau atasan. Dan percayalah bahawa doa atau seranah orang teraniaya itu berkat dan diterima Allah. Yakinlah bahawa kelapangan dalam hidup merupakan rezeki yang tak ternilai, wang ringgit, pangkat serta kuasa bukan segala-galanya. Banyak waktu rehat dalam hidup memberikan waktu untuk menilai apa yang telah dikerja dan apa akan bakal dilaksanakan secara waras dan saksama....

3 comments:

terangwulan said...

komen berani sungguh. hohoho

mohd ramli raman said...

itulah hakikat, hak-hak untuk bersuara...ambo tak kesah

cgone165 said...

Hidup Prof..nilah baru pejuang tulin.