Memahami bangsa Melayu walaupun berbangsa Melayu itu cukup rumit, cukup sulit dan penuh misteri serta rahsia. Pada pandangan dasar tidak banyak bezanya dengan bangsa-bangsa besar dunia yang lainnya. Mungkin ini proses sosialisasi yang berpanjangan dari dunia animisme, hindu budha, Islam dan dengan segala sirkulasi dan difusi yang berterusan dengan bangsa-bangsa lain.
Orang Melayu seringkali melihat sesuatu yang aneh, sukar diperolehi, misteri, melanggar kelaziman, keras dan sebagainya mempunyai nilai bukan hanya dari estetika, daya guna tetapi dikaitkan dengan alam ghaib, alam yang seringkali dikaitkan dengan dunia misteri yang cuba dirungkaikan dengan perkaitannya dengan objek-objek tertentu. Objek-objek itu boleh berupa flora fauna yakni tumbuhan dan haiwan, objek-objek alam yang lain seperti batu, tanah, air dan seumpamanya mempunyai hidupan lain yang mungkin menjadi daerah tinggal mereka, penguasa atau pemilik dan seumpamanya sehinggalah objek-objek semulajadi kemudian dikreasikan dalam bentuk barangan pengguna pun seperti kapak, pisau barang,lesung, terlalu banyak untuk disebut akan ada penghuni yang pelbagai pula yakni yang baik dan jahat, yang dingin dan yang keras, menjadi teman dan musuh, mengsejahterakan atau menghuruhrakan kehidupan manusia ciptaan Tuhan di atas muka bumi.
Objek-objek ini pula dikaitkan dengan sakralmistiknya. Ada cara untuk menguasai dan menenangkan, membuang dan memanggil. Semuanya disandarkan kepada objek-objek tertentu samada untuk perubatan dan kesihatan, permobomohan dan perubatan, pakaian diri dan pendinding, kiriman dan tuju-tuju.
Setiap objek mempunyai sidfat-sifat tertentu dan untuk kegunaan khusus lagi khas dan dengan perlakuan tertentu pula. Ada yang cara primitif, cara separa Islam dan cara sufisme yang rumit untuk dijelaskan kepada orang awam.
Objek-objek seperti kemuning hitam, keris, batu cincing, tulang haiwan, tumbuhan2 lain yang anih dan luar biasa dikatakan "mujarab" untuk tujuan tertentu. Kemuning hitam dikaitkan dengan orang bunian, jin Islam, menghalau hantu jembalang, baik untuk pakaian diri dan juga menjadi penawar racun. Maka kemuning hitam yang hidup di daerah perbatuan di pinggir2 gua di tanah tinggi dicari lalu dijadi batu cincin, tongkat, dibungkus dalam kain kuning dijadikan azimat dsbnya.
Benda bikinan manusia seperti keris, lesung, kapak prang dikainkuningkan dan diberikan nilai istimewa dengan zikir-zikir tertentu sehingga dikatakan mempunyai "isi" dan khadam yang pula boleh digunakan untuk segala macam tujuan baik atau jahat.
Benda tadi pula diwafakkan dengan simbol-simbol aksara jawi yang setiap satunya mempunyai khadam tertentu, diwafakkan pada keris, pending ataupun dituli terus pada kain, kertas lalu dibungkus rapi dalam kain yang dipakai di;lengan, dipinngang untuk ilmu kebal, penjauh dan lain-lain lagi bagi tujuan gah, hebat dan berkewibawaan...
Sesetengah "dihidupkan" dengan zikir-zikir tertentu dalam suasana setanggi sicolok Arab dibakar memenuhi ruang bilik yang digelapkam dengan menutup lubang dengan kain hitam di samping barangan tadi mengelilingi sejadah dikainkuningkan. Berzikir pula menggunakan biji tasbih dari kayu koka, kemuning hitam, teras kelo/gemunggal, raja kayu dan sebagainya. Selepas itu ada pantang larangnya misalnya cincin tidak boleh dibawa masuk tempat kotor misalnya tandas, tidak boleh disentuh wanita yang period dsbnya,...
hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
tentang saya
Perkhidmatan dan Jualan
Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu
pembayaran dan penghantaran
pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.
No comments:
Post a Comment