hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Sunday, November 28, 2010

sena subang airport







banyak hasil bumi yang terbuang begitu sahaja kerana tidak kreatifnya masyarakat. pada hal kayu sena ini, yang ditanam sebagai tumbuhan hias dan penghadang angin di bandar-bandar besar memberikan pulangan yang lumayan dgn hanya sedikit usaha dan kos. malah ianya boleh dikomersialkan sebagai bahan binaan rumah, bangunan, pembuatan perabut, seni ukiran dan sebagainya..
ratusan tan ditebang dan dibuang begitu sahaja. kos penyelenggaraannya mencapai jutaan ringgit setiap tahun.
badan-badan tertentu seharusnya memikir satu jalan bagaimana ianya dapat dimanfaatkan.
sumber alam ini dapat memberikan pulangan besar kepada institusi dan juga kepada orang awam.
untuk permulaannya penulis mengambil beberapa batang, kemudian dipotong mengikut
saiz yang sesuai untuk projek kecil-kecilan yakni projek membuat tongkat mimbar masjid dan juga
membuat rehal.
dengan bantuan beberapa rakan di FRIM ianya dipotong, dilarik dan sedikit ukiran, tongkat mimbar masjid untuk khatib membaca kutbah dapat direalisasikan. alhamdulillah. cantik sekali dgn kos yang kecil dan murah.
sena yang berusia antara 30-50 tahun sudah cukup keras dan beteras. terasnya mempunyai
plot atau blak-blak yang memukau. tidak seperti kayu-kayu komersial yang lain seperti meranti, cengal, seraya, merbau dsb, sena yang juga dipanggil angsana mempunyai serat yang cantik, tanpa diukir pun, plot dan blaknya dah cukup menjadi "motif" yang tersendiri pada perabut. renung-renungkanlah

No comments: