hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Thursday, September 20, 2012

Kemuning bunian?



                                          kemuning pokok kecil ini disebut oleh masyarakat asli sebagai kemuning bunian kerana fizikalnya yg kecil. Pada mulanya saya kira ianya hanyalah pokok muda yg berusia sekitar 10-20 tahun shj dan pastinya tanpa teras. Jangkaan saya meleset apabila dipotong dgn chainsaw, mata chainsaw mengeluarkan api kerana terasnya terlalu keras walaupun kecil. Mengikut orang asli, terasnya hitam dan seakan kemuning hitam, tetapi pada hakikatnya ianya kemuning emas tanah tinggi yg berbatuan atau gunung. Apabila saya kemam kulitnya, rasanya lebih pahit dari kemuning biasa, dan tindakbalasnya kepada jantung begitu cepat sekali. Tak sampai 10 saat, jantung saya berdebar kencang. Namun selepas itu terasa lebih tenang dan relaks. Dan aspabila buang air kencing, terasa lancar dan banyak. Ini menandakan tindakbalas yg cepat terhadap tubuh badan manusia.

Fizikalnya yg kecil itu bukanlah kerana usianya yg muda tetapi kerana daerah hidupnya di aras batu, yg pastinya mengalami kekurangan air, kurang mineral untuk tumbesar. Namun kerana daya tahannya yg kuat, ia tetap tumbuh dan hidup di atas batu. Warnanya lebih hitam mungkin disebabkan kekurangan air dan meresap mineral dari batu. Mengikut kajian saintifik tentang tumbuhan saka, setiap garis lingkaran daging kayu itu menggambarkan usia atau musim, jika blak/garisnya lebih besar dan jelas, itu menggambarkan kadar penerimaan air pada satu-satu musim.

Mengikut pandang orang melayu yg terdapat dalam kepustakaan Ilmu Tradisonal, semakin sukar daerah hidup sesuatu jenis tumbuhan, semakin baiklah ianya dijadikan ubat atau racun dan semakin mistiklah ia.

3 comments:

Anonymous said...

Nak jual brapa nih be

Anonymous said...

Nak jual brapa ni be

ramliraman said...

yg nie tak jual..nak buat koleksi, ada beberapa tongkol kecil yg lain..boleh runding..call je untuk penjelasan