Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
tentang saya
Perkhidmatan dan Jualan
pembayaran dan penghantaran
Wednesday, October 26, 2011
syair perang mengkasar
manuskrip yang dibeli oleh Ungku Aziz pada tahun 1981 di london ini telah difaksimile dan diterbitkan oleh Akademi Pengajian Melayu pada tahun 1994, merupakan sebuah manuskrip yang disalin sekitar abad 18. Ianya merupakan hazanah buadaya bangsa yang tidak ternilai. Merupakan catatan perjalanan bangsa Melayu yang panjang dan berliku. Ada rasa cinta, rasa marah, dendam dan kekuatan yang menunjang kewujudan "bangsa agong" sehingga kini.
dgn bantuan 4 orang anak Akmal Mardhiah (Mahasiswa International Bussiness UNIMAP), Akmal Syafiqah ( ICT UITM), Akmal Nadhirah (Banking UITM) dan Ahmad Hidayat (pelajar Tahun 6) dan isteri tercinta Raja Anisah Raja Yusoff (seorang guru) transliterasi manuskrip tersebut hampir selesai untuk proses peringkat pertama. Peringkat kedua nanti adalah proses menyemak "ketepatan", benar atau salah kata-kata yang dilitarasikan, sesuai atai tidak dengan sistem ejaan jawi lama dan seumpamanya. Bahagian ketiga akan dilihat istilah-istilah, perkataan yang terdapat di dalam manuskrip tersebut dengan bahasa dan budaya Melayu serta Bugis. Pemahaman sistem tulisan jawi, pengetahuan tentang budaya Melayu dan bugis amat diperlukan.
Menjadi kendala besar kerana bahasa yang digunakan sudah menjadi arkait hilangnya juga bersama-sama artifak sezamannya. Mengeja dan memahami perkataan dan istilah-istilah bugis bukanlah sesuatu yang mudah ditambah pula dieja menggunakan aksara jawi. Namun "kesan" dari sistem pendidikan sekolah agama yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang di dalam sistem pendidikannya itu terdapat pelajaran jawi, pengajian Al Quran, sedikit sebanyak memudahkankan proses transliterasi manuskrip ini.
Pendidikan Jawi atau pelajaran tulisan jawi memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak saya walaupun sesetengahnya telah meninggalkan bangku sekolah agama dah berbelas-belas tahun. Yang terpentingnya, pengetahuan dan pembacaan Al Quran dalam kehidupan seharian memberi kesan besar dan terpenting dalam memahami sistem tulisan jawi yang jauh lebih mudah berbanding membaca Al Quran..Alhamdulillah kerja-kerja transliterasi manuskrip ini hampir rampung.
Friday, October 21, 2011
ubat orang gila sepera yakni bebal akal.
rupa-rupanya masalah mental merupakan masalah sejagat, dalam masyarakat melayu masalah penyakit ini telah diteliti, dikaji dan telah dicari dan ada ubat serta rawatannya. dok belek-belek beberapa buku yg diterbitkan berdasarkan kitab tib, maka terjumpalah buku a.samad ahmad edisi kedua, 2005...terdapat 22 jenis gila termasuklah dirasuk hantu syaitan:
ambo ambil satu yg menarik seperti judul di atas. cara rawatannya..orang itu dikurung di dalam rumah yang tiada masuk angin, sapukan minyak di kepala dan tubuhnya. berikan dia makan segala yg manis-manis dan gosokkan susu lembu di kepala dan di dahinya. kemudian dimasakan pula minyak sapi beri dia makan, setelah sudah delimutkan tubuhnya supaya jangan terkena angin sehingga dia tidor...menarik jugak kes gila nie..
Thursday, October 20, 2011
nikmatnya duduk rumah
mungkin kerana usia semakin tua, malas memandu, mungkin juga kerana duit tak berapa ada, rumah menjadi pilihan. kalau dulu pasti 3 tiga kali seminggu lepak-lepak dgn kengkawan, berbicara tentang keris..penemuan tetap itu-itu juga, kalau lepak dgn orang politik, pening kepada berbicara tentang strategi, perubahan kerajaan, letih otak dibuatnya.
dgn duduk-duduk di rumah, banyak waktu dgn anak-anak, minum secawan kopi bikinan isteri sebenar lebih nikmat dan berkat. lebih bersih, lebih aman dari hiruk pikuk pelbagai ragam manusia. malah tubuh tidak letih, lebih sihat dan lebih mudah bangun pagi.tidur pun puas pulas. bangun pagi lebih tenang dan tidak tergopoh gapah. bukanlah bererti tidak mahu berkawan, lepak dgn kengkawan sekali sekala lepas waktu pejabat pekena secawan kopi sebelum pulang, lebih menarik.
apatah lagi, kekadang kehidupan sehala tentang keris amat membosankan, seolah-olah tidak ada objek lain yang lebih bererti selain dari keris..keris hanyalah sebahagian kecil tentang kehidupan, banyaklah lagi hal yg lebih utama berbanding keris. namun semuanya tergantung kepada keseronokan masing-masing..buat masa ini keseronokan ambo duduk di rumah sahaja...