hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Wednesday, December 9, 2009

Keris Panjang

Keris panjang, juga disebut alang, penyalang, terabas dan terapang telah digunakan sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Keris tempaan Melaka samada yang dijadikan oleh sultan sebagai keris anugerah terhadap jasa atau perlantikan sebagai bendahara sehinggalah kepada buak-buak diberikan satu keris pendek dan satu keris panjang yang lurus (lihat Hikayat Hang Tuah, Kassim Ahmad 1964).

Tradisi keris pendek sebagai lambang daulat dan kewibawaan ini kekal dan terus menjadi tradisi kepada negeri-negeri yang beraja dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia. Kecuali Negeri Sembilan menggunakan lapan bilah keris panjang. Keris panjang atau penyalang adalah keris hukum atau lambang perundangan dalam menjamin kedaulatan, keharmonian dan keselamatan negara atau negeri. Hampir keseluruhan penyalang rasmi sultan dan Yang Dipertuan Agong berhulukan hulu tapak kuda berukiran bungan patma lima tingkat. Hulu tapak kuda menggambarkan kekuatan dan kewibawaan, bunga patma sebagai "ubat" yang menyembuh dan mensejahterakan rakyat.

Pada zaman dulu, keris panjang ini digunakan dalam melaksanakan hukum bunuh yang ditikam dari bahu menembusi jantung, perut sehingga tembus keluar melalui tulang rusuk di samping disula dengan buloh. Dengan menggunakan keris panjang, sipesalah diharap cepat mati dan tidak lama menanggung kesakitan berbanding menggunakan keris pendek tempaan Melaka.


Keris panjang atau penyalantg adalah keris panjang biasa yang boleh dimiliki oleh rakyat. Keris yang sama jika bertatah atau hulu dan sampir serta batang serunainya diperbuat dari emas perak disebut terabas atau terapang (harubi/marubi-istilah hulu sampir yang diperbuat dari emas) khusus untuk raja dan pembesar sahaja.



























Keris yang dalam bentuk yang sama juga terdapat dalam kebudayaan Melayu. Namun fungsi dan daya gunanya juga berhubung dengan anugerah dan kuasa. Keris ini dipanggil anak alang, iaitu keris yang dianugerahkan oleh sultan atau raja kepada penggawa, penghulu atau tok empat yang diberi kuasa memerintah satu-satu daerah sebagai wakil sultan atau raja. Keris anak alang ini ada berbagai jenis iaitu anak alang guling, anak alang ubi melilit, anak alang berlurah dan sebagainya.

5 comments:

Unknown said...

assalamualaikum... saya norhafiqah, student um..saya nak mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan keris penyalang/penjang ini. bolehkah tuan membantu saya..
saya tinggalkan no.fon saya utk memudahkan tuan memberi maklum balas kepada saya 019-515 8660

Unknown said...

salam....
saya norhafiqah, pelajar um. saya telah memilih tajuk keris penyalang/panjang utk kajian muzium saya. bolehkah saya mengambil malkumat keris ini di laman blog tuan. saya juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang keris ini. di sini saya tinggalkan no.fon saya utk memudahkan tuan menghubungi saya 019-515 8660

Unknown said...

Ada satu keris ni dgn saya...dipertemukan jodohnya dgn saya...tanpa saya tahu akan nama dan asal usulnya....

Unknown said...

Ada satu keris ni dgn saya...terjumpa jodoh dgn saya tanpa saya tahu nama dan asal usulnya...sekarang baru saya tahu...tq

Unknown said...

Amat cantik keris diatas,kayu apa tu?